Berkuat kuasa 4 Julai depan, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan peru-batan perlu membuat permohonan pera-kuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hari ini.
Menurut KPDNHEP,ia bertujuan memastikan pelitup muka bukan peru-batan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu.
“Penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.
“Penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan,” menurut kementerian itu.
KPDNHEP berkata pewartaan berlandaskan prinsip semangat Keluarga Malaysia itu dapat menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.
Justeru kementerian berharap dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia dengan adanya perintah terbabit.
Sekiranya gag4l mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan de-nda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesal-ahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan den-da tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu pula, den-da yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenj-ara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesal4han kali kedua atau berikutnya, boleh dide-nda tidak melebihi RM250,000 atau pen-jara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber:Awani