Wajah ‘Oppa’ bagi rezeki pada penjual pisang goreng

“Terima kasih semua atas penghargaan ini. Saya tidak sangka ia mendapat sambutan hebat daripada netizen”, itu yang mampu diucapkan oleh seorang penjual gerai tepi jalan di Surabaya, Indonesia apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon dari Korea Selatan, tvlar seperti yang dilap0r laman Solopos.

Menerusi klip video yang dimuat naik di instagram @lambre_tuah, ramai pelanggan sanggup beratur panjang semata-mata mahu bergambar dengan pemuda kacak itu.

Lelaki berbadan sasa dan berkulit putih itu menjual pelbagai snek tradisional bergoreng seperti pisang goreng, tempe goreng dan avokado goreng.

Nama gerainya juga sepadan dengan ketampanan wajah pemiliknya iaitu ‘Gorengan Pengg0da Iman’.

Menurut pemuda yang menggunakan nama akaun @lie_buntaran itu, dia tidak menyangka video yang menunjukkan dia sedang menjual kentang goreng tu-lar di media s0sial.

Sumber:K0smo