“Orang datang serang aku sekali” -Khairul Aming mangsa individu toksik

“What’s up guys?”

Siapa sahaja yang tidak mengenali tagline pempengaruh popular yang juga kini bergelar usahawan, Khairul Aming yang sering tampil dengan membawakan resepi-resepi menarik menerusi videonya terutama pada bulan Ramadan ini.

Video masakannya itu telah menarik minat ramai orang sehinggakan apabila ada sahaja individu lain yang membuat video masakan, mereka dikatakan telah men-iru Khairul Aming, seakan-akan ingin me’lagakan’ pempengaruh popular itu dengan rakan sealirannya.

Enggan berdiam diri dengan tinda-kan itu, Khairul Aming kemudian menulis di Twitternya bahawa sikap netizen seperti ini  boleh dilabel sebagai  ‘batu api’  selain mempunyai unsur toksik.

Menurutnya, kata-kata neg4tif yang dilontarkan netizen terhadap mereka yang membuat video masakan sedikit sebanyak telah mer0sakkan suasana puasa pada tahun ini sehingga membuatkan dia berasa serba s4lah.

“Aku sampai jadi serba s4lah sebab orang datang ser4ng aku sekali, padahal aku tak pernah claim, tak pernah mention sesiapa pon. Selama ini kita orang yang memasak sama-sama support each other.

“Sampai lah muncul benda t0ksik batu api macam ini dekat Twitter, Facebook pun tak batu ap1 macam ni.

“Tolonglah berhenti, menjengkelkan sangat dah benda ni, semua orang jadi serabut. Geng masak ni buat konten ikhlas untuk tolong orang bulan puasa. Tidak ada pun cari gaduh dengan orang,” ulas Khairul Aming.

Tambah Khairul Aming lagj, dia turut tidak memahami sikap segelintir netizen yang seperti mahu memecah belahkan komuniti yang secara jelasnya tidak mengganggu sesiapa pun.

 

 

 

 

Sumber:Buzzkini