“Abah pergi dalam keadaan terlalu kecewa”- Salwa Abd Rahman ded4h kisah pahit setelah lebih 3 dekad bergelar anak seni

Mencipta p0pulariti sekitar era 90an, penyanyi Salwa Abd Rahman mula terjun ke dunia seni suara selepas menyertai Bintang Radio RTM Johor Bahru kawasan selatan sekitar tahun 1985 ketika berusia 19 tahun.

Salwa berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi. Ketika di sekolah pun dia tidak pernah mengasah bakat menjadi penyanyi.

Ditambah pula orang tuanya yang tidak membenarkan meskipun ibunya aktif menyanyi bersama kumpulan nasyid di kampung, manakala arw-ah ayahnya seorang pemuzik ghazal.

Ramah disapa dengan panggilan Kak Wa, penyanyi manis ini mula bercerita,

“Dulu, mak dan ayah tak bagi. Mereka nak Kak Wa teruskan belajar. Kalau boleh kerja kerajaan atau jadi doktor. Tapi, minat kepada seni memang ada.

“Jadi, masa sekolah memang tak ada langsung aktiviti menyanyi. Sampailah selepas tingkatan lima, barulah mak dan ayah restu Kak Wa menyanyi,” ceritanya.

“Kebetulan pula abang ipar Kak Wa merupakan seorang guru sekolah yang pandai bermain alat muzik. Jadi dialah yang banyak bantu, latih Kak Wa sebelum masuk pertandingan.

“Kak Wa sertai Bintang Radio Pujaan Negeri Johor 1985. Kemudian masuk pula pertandingan UMNO Negeri Johor untuk merebut gelaran Saloma Negeri Johor pada tahun yang sama. Jadi memang pulun habislah masa itu,” ceritanya lagi.

Tidak lama selepas itu, Salwa merakamkan album di bawah Segar Indah Production di Singapura. Itu merupakan album pertamanya yang diterbitkan figura terkenal, Husaini Ajmain.

 

Bertitik t0lak dari situ, keyakinannya mula menebal. Dia mahu terus menyanyi dan mencari pendapatan sebagai penyanyi meskipun ibu dan ayah mahukannya teruskan dengan pelajaran.

“Kak Wa buat keputusan, pindah ke Kuala Lumpur. Mak tak izinkan, tetapi arwah Abah memahami. Abah tegas tapi dia memahami. Jiwa seni itu ada dalam dirinya jadi dia benarkan saya pergi.

“Kak Wa yakin boleh sara hidup dengan menyanyi. Tetapi jalannya tak mudah. Dug-aan datang silih berganti. Tinggal pula di ibu kota, kita kena kejutan budaya. Menumpang lagi di rumah orang.
Betul-betul menduga.

“Kak Wa berterima kasih kepada penyanyi lama, Azizul Khamis dan Khairil Khamis. Dua orang ini Kak Wa tak akan lupa. Cukup berjasa,” katanya lagi.

Salwa berkata dia amat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan orang-orang hebat sepanjang bergelar penyanyi.

“Rezeki Kak Wa dapat berjumpa dengan penyanyi veteran, S. Atan. Dia pula tawarkan Kak Wa hasilkan album kedua. Selepas itu Kak Wa mula bercampur dengan ramai orang industri, termasuk penerbit-penerbit hebat-hebat di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Kak Wa cukup terhutang budi dengan penerbit lama, Noriah Letuar, yang berani ambil Kak Wa sebagai hos rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) di RTM bersama Rosiah Chik. Alhamdulillah, Tuhan banyak buka jalan untuk Kak Wa,” jelasnya.

Namun setiap kehidupan pasti ada pasang surutnya.Begitu juga dengan Salwa.

Ketika ditanya mengenai sejarah pahitnya sepanjang bergelar anak sini, jelas pengalaman yang bakal dik0ngsikan cukup berbekas di hati wanita ini.

Salwa berkata, dia kes4l dengan satu artikel tentang dirinya yang diterbitkan oleh sebuah majalah tabl0id satu ketika dahulu.

Artikel itu meng4ibkan dan sudah tentu bapanya sedih apabila membaca artikel tersebut.

“Tapi dalam hati, Kak Wa tak mahu perkara itu dipanjang-panjangkan. Jadi Kak Wa bertemu dengan pihak majalah berkenaan untuk selesaikan cara baik.

Dan lepas itu Kak Wa rancang nak balik Johor, nak pujuk hati abah. Tapi sebelum itu Kak Wa pusing Sungai Wang, sehari suntuk cari jam untuk dihadiahkan kepada arwah.

Tapi, Allah S.W.T lebih sayangkan dia. Hari itu jugalah abah pergi meniggalkan kami semua. Dia ketika itu berusia 60 tahun”

Tambah Salwa lagi, dia amat terkilan kerana bapanya pergi dalam keadaan terlalu kecewa sebelum sempat mengetahui cerita sebenar.

“Itulah kenangan pahit, hilang orang yang Kak Wa sayang,” katanya.

Ketika ditanya  adakah dia masih menyimpan jam tersebut. Kata Salwa, dia sendiri pun tidak tahu ke mana hilangnya jam itu.

“Itu lah dia, Kak Wa pernah bawa jam itu ke sebuah program terbitan salah sebuah stesen televisyen (TV) tempatan.

“Kak Wa ceritakan kisah di sebalik jam itu. Tapi rasanya stesen TV itu dah pulangkan lepas rakaman itu.

“Kak Wa pun tak tahu ke mana hilangnya,, macam ghaib. Kak Wa memang terkilan. Sampai sekarang Kak Wa ralat sebab niat memang nak simpan. Tapi tak tahu, Kak Wa tak bagi sesiapa pun. Hilang begitu sahaja,” ceritanya panjang.

Masih kekal jelita sehigga kini, ujar penyanyi lagu Satu Dua Kau ini lagi, sejak usia kanak-kanak lagi dia amat menitik beratkan penjagaan diri.

“Ikut arwah mak, jaga penampilan. Dari kecil lagi Kak Wa jaga, sampailah sekarang ini.

Katanya, antara amalan atau petua lama yang dimanfaatkan adalah penggunaan buah kelapa untuk menjaga kecantikan.

“Dahulu, zaman budak-budak, nak cantik tapi tak ada duit. Jadi Kak Wa ikut ajaran arw-ah mak, lulur minyak dari hampas kelapa itu ke seluruh badan.

“Selain itu, akak pakai Sabut kelapa dik. Ada bahagian lembut, mak Kak Wa ajar untuk hilangkan daki dan kotoran yang melekat di badan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Salwa amat bersyukur kerana masih dikurniakan kudrat dan kebolehan untuk menyanyi.

“Alhamdulillah, Kak Wa bersyukur sangat. Kak Wa pun bukan menyanyi menjerit-jerit sangat pun. Biasa-biasa sahaja,” katanya.

Salwa mengkui, satu hari nanti kerjaya nyanyian yang dibina selama 38 tahun ini akan ada pengakh-irannya.

Katanya dia terima, kerana itulah proses yang dilalui setiap manusia yang mendambakan sisa-sisa penga-khiran hidup dalam tenang dan sejahtera.

Lebih utama katanya, mahligai kebahagiaan yang dibina bersama suami tercinta yang juga bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Subardon Abdul Aziz perlu dijaga sebaiknya.

“Kak Wa bersyukur dengan apa yang ada. Tumpuan sekaraang ini beralih sepenuhnya kepada keluarga. Mungkin kalau ada kelapangan, bolehlah menyanyi. Tapi dalam usia begini, tidaklah sangat”, ujarnya seraya mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan