20 jam dalam peti ais selamatkan nyawa budak lelaki

Tindakan pantas seorang kanak-kanak lelaki mel0mpat masuk ke dalam sebuah peti sejuk yang rosak, menyelamatkannya daripada menjadi magsa kejadian tanah runtuh di Filipina, baru-baru ini.

Kanak-kanak itu yang bernama CJ Jasme, 11, ditemui dalam peti sejuk dalam lumpur tebal, lapor Metro UK sebelum sebelum selamat ditarik balik .

Berdasarkan foto dan video yang tvlar, ketika magsa ditemukan, keadaan peti sejuk itu tidak mempunyai pintu.

Mendapat gelaran Boy in the Ref, CJ berada di rumah bersama keluarganya apabila banjir lumpur dicetuskan oleh Ribut Tropika Megi melanda kampung mereka di Baybay City di wilayah Leyte, baru-baru ini.

Ketika lumpur dan batu mula memenuhi rumah mereka, CJ terus masuk ke dalam peti sejuk yang rosak itu,dan tanpa didvga, dia berada di situ 20 jam lamanya .

Susulan kejadian, kaki CJ didapati patah, tetapi dia masih sedarkan diri.

Bagaimanapun nasib ibu dan 2 adiknya masih belum diketahui.

Sehari sebelum itu, tanah runtuh telah melanda kawasan penempatan di kaki gunung berkenaan yang mengakiba-tkan ayahnya meniggal dunia.

CJ antara puluhan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu selepas Ribut Tropika Megi dikenali di Filipina sebagai Ribut Tropika Agaton melanda negara berkenaan.

Sumber:HM