“Abe jerit panggil saya” – Bapa mangsa kebakaran

Du-gaan di bulan Ramadhan.

Seorang bapa,Mohd. Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, hanya mampu mendengar jeritan anak lelakinya memanggil ‘abah’ beberapa kali dalam satu kejadian keb-akaran sebuah rumah kedai di Persiaran SIBC 1, Seri Iskandar di sini awal pagi semalam sebelum suara kecil itu ‘hilang’ dalam apii yang marak menjulang.

Sebelum itu, Fazlan telah cuba menyelamatkan anaknya dengan beberapa kali cubaan untuk masuk ke bilik yang menempatkan anak lelaki dan bayi perempuannya di tingkat satu bangunan rumah kedai itu namun g4gal kerana asap keb-akaran yang terlalu tebal.

Tr4gedi itu telah mer4gut anak sulungnya, Muhammad Fahmi, 6 tahun, serta anak perempuannya, Nur Fahmia, 6 bulan.

Tambah Mohd. Fazlan lagi, ketika kejadian dia dan isterinya sedang mengemas kerusi dan meja di kedai makan pada pukul 4.30 pagi sebelum mendengar je-ritan pekerjanya dari bahagian belakang bangunan.

Pada mulanya dia tidak menyedari jeritan tersebut sehinggalah dia ternampak a-sap hitam keluar dari cermin tingkat atas bangunan.

“Pekerja kedai makan yang saya usahakan turut membantu meme-cahkan tingkap untuk menyelam-atkan anak saya. Malah pekerja itu cuba memanjat melalui tingkat untuk mengeluarkan anak saya namun g4gal kerana asap tebal sehingga kami terpaksa menunggu kedatangan anggota bomba,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik H0spital Changkat Melintang, di sini, hari ini.

Mohd. Fazlan berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Muhammad Fahmi sering mere_ngek mengatakan dia hendak balik tetapi tidak menyebut ke mana.

“Saya tanya nak balik mana, ini rumah kita, tempat kita, kita berniaga di sini. Tetapi dia kata nak balik berulang kali hingga saya berasa pelik dan memberitahu isteri saya.

Walaupun saya rasa tidak sedap hati dengan perubahannya itu kami tetap menjalani kehidupan seperti biasa hinggalah pagi tadi rupanya dia pergi selamanya dengan adiknya,” katanya.

Kedua beradik itu dapat dise-lamatkan oleh anggota b0mba namun menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke h0spital.

Ketua P0lis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai keb-akaran itu pada pukul 5.10 pagi dan segera ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, keba-karan itu berlaku di tingkat dua yang mempunyai dua bilik menempatkan pekerja dan dua beradik tersebut.

Sumber:Utusan