“Kalau mereka itu sendiri mempunyai inisiatif nak tunjuk kepada kita, saya tidak kisah. Sebagai artis, saya pun faham,” itu ujar penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, yang belum berkesempatan untuk bertemu cucu saudaranya, Nur Khawla Soleha atas tujuan kesela-matan dan kesih4tan bayi tersebut.
Menurut Ziana, dia hanya melihat wajah puteri sulung pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel itu menerusi gambar yang dikirimkan sahaja.
“Belum sempat berjumpa kerana kami masih fikirkan virvs Covid-19 ini. Lebih-lebih lagi saya baru sahaja sembuh daripada jagkitan virvs tersebut.
“Jadi, lihat sahaja lah gambar bayi jika dia ada menghantar. Tiada tekanan lah untuk melihat cucunda. Ada rezeki di kemudian waktu, dapatlah berjumpa,” katanya lagi seperti dipetik Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, penyanyi Madah Berhelah ini berkata ,ahli keluarganya juga tidak melakukan panggilan video bagi melihat wajah bayi perempuan itu kerana tidak gemar menganggu dan memahami privasi anak saudaranya itu.
Sekadar informasi, Nur Khawla Soleha merupakan anak sulung bagi pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel yang dilahirkan pada 22 Februari lepas.
Ernie dan Syamel bernikah pada 26 Mac tahun lalu, di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Sumber:UM