Isu anak ‘berbintikan’ Abdullah, Halim Othman akur nasihat JPN

Umum telah mengetahui bahawa pengacara dan bekas penyampai radio Halim Othman, 56, pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Myra Natasya yang kini berusia 27 tahun.

Myra adalah anak tunggalnya bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47, yang dinikahinya di Thailand pada 1994.

Bagaimanapun, pernikahan itu tidak didaftarkan di Malaysia dan lantaran itu ketika Myra dilahirkan pada 1995, anak tunggal pasangan ini terpaksa ‘berbintikan’ Abdullah.

Rumah tangga dibina cuma bertahan selama setahun lalu Halim serta bek-as isteri membawa haluan masing-masing. Urusan perce-raian mereka pula diselesaikan di Thailand pada 1998 ketika Myra berusia tiga tahun.

Selepas berpuluh-puluh tahun berk0ngsi nama dengan ‘Abdullah’, Halim akhirnya mengadakan satu pertemuan bersama Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh di Putrajaya.

Ulas bekas pengacara Roda Impian itu, “Selepas berbincang dan mendengar penerangan daripada KP berhubung masa-lah saya yang tidak ada dokumen perkahwinan itu, sebenarnya isu saya ini bukan k.es terpencil kerana banyak orang berhadapan situasi seperti ini.

“Jadi, dengan segala keterangan diperoleh itu dan saya pun sudah berbincang dengan Myra yang akhirnya kami sepakat mengekalkan saja nama Yusmyra Natasya binti Abdullah”

Halim berkata dia juga sudah mengambil kira beberapa aspek iaitu kesu-litan yang akan timbul jika membuat pertukaran nama bapa dan paling utama, Halim percaya mungkin ada hikmah disebalik nama “Abdullah” itu.

Halim juga menzahirkan rasa terharu beliau kerana JPN sudi membantu menyelesaikan isu ‘binti Abdullah’ yang dialami anak tunggalnya.

“Meskipun nama Yusmyra Natasya binti Abdullah itu tetap saya ‘maintain’, namun ingin saya ingatkan kepada pasangan yang bernikah di Thailand supaya mendaftar perkahwinan mereka dalam negara.

“Walau perkahwinan dibina itu bermas-alah, pergilah jumpa pihak JPN untuk mendapatkan kaunseling, nasihat dan penjelasan lanjut. Ia penting supaya sekiranya ada anak tidaklah akan menjadi isu seperti k.es saya.

“Tidak perlu rasa m4lu, t4kut ditangkap JPN atau sebagainya kerana mereka tak akan men4ngkap kita sebaliknya membantu menyelesaikan mas4lah dialami.

Mendaftarkan perkahwinan penting agar tidak memberi stigma kepada keluarga terutama anak itu nanti,” kata Halim lagi.

Menurut Halim, pasangan yang bernikah di Thailand jangan sesekali mengambil jalan mudah kerana ia akan memberi kesan kepada keluarga termasuk anak itu sendiri.

Jelasnya lagi, tidak perlu rasa tak-ut dengan JPN dan apa diharapkannya kini agar isu dia dan anaknya yang ‘berbintikan Abdullah’ itu dianggap selesai.

Sumber:HM