Janji Tuhan itu pasti. Apabila tiba ajal menjemput, ia tidak akan lewat walau sesaat pun.
Begitulah yang dialami oleh seorang balu, Hijaz binti Mustaffa, 39, apabila suami yang dicintainya dijemput Ilahi ketika mereka sedang membeli persiapan raya pada 17 April lalu,ketika semua umat Islam sedang berpuasa pada hari yang ke 16.
Namun apa yang lebih memilukan, Hijaz dan Allahyarham Mohd Saferi bin Mahat,39, baru sahaja 2 bulan mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri.
Kenangan ketika diijabkabulkan pada 18 Februari 2022
Memegang status ibu tunggal selama 8 tahun, Hijaz tidak menyangka bahawa dia akan bertemu jodoh buat kali kedua apatah lagi dengan Saferi, iaitu bekas rakan sekolahnya.
Saat manis berbulan madu di Avillion Port Dickson
Mengimbas kembali detik yang mer4gut ny4wa suaminya, Hijaz berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh sebelum meniggal dunia, cuma dia kerap mengungkapkan perkataan yang dia akan menyayangi Hijaz hingga ke hujung nafasnya.
” Setiap kali dia kata dia sayang saya sampai akhir hayat dia, saya hanya ketawa,dan anggap dia sekadar mengusik, kerana arwah sememangnya suka bergurau”.
Pagi kejadian, iaitu selepas bersahur, Allahyarham Saferi mengajak Hijaz dan anaknya, Sumayyah, 12, untuk pergi membeli barang kelengkapan raya.
“Kami tiba di pusat membeli-belah lebih kurang pukul 10 lebih, tidak lama kemudian, arwah mengadu s4kit dada ketika sedang menaiki eskalator.
Apabila melihat dia mula berpeluh, saya cepat-cepat suruh dia duduk. Namun rupanya itulah detik terakhir kami bersama apabila selepas itu dia rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan mata saya”, cerita Hijaz lagi.
Orang sekeliling yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan kecem-asan namun Mohd Saferi telah pergi buat selama-lamanya.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke H0spital Besar Melaka.
Hasil uj1an saringan menunjukkan Allahyarham bebas dari COVID-19 dan dis4hkan meniggal dunia kerana seragan jantung.
Suasana di h0spital sesak dengan saudara dan kenalan yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham
Walaupun berat menerima takdir yang tertulis buat dirinya, Hijaz tetap bersyukur kerana sempat merasa kasih sayang sebenar seorang suami walaupun cuma hanya 2 bulan.
Baju raya yang sempat dibeli Allahyarham bertemakan warna putih, seakan memberi tanda kepergiannya
“Sep(paggilan manja Allahyarham) bukan sahaja suami, tapi dia adalah sahabat terbaik yang saya pernah ada.
Sekarang saya akan kembali berdikari, buat semua sendiri, seperti keadaan saya yang dahulu.
Tiada lagi orang yang akan temankan saya makan ketika tengah malam, yang melafazkan rindu dan sayang pada saya setiap masa”.
Penghormatan terakhir buat arwah suami
Semoga Puan Hijaz bersabar dalam menempuh du-gaan ini.
Siapa menyangka suami yang kelihatan sihat akhirnya pergi sekelip mata, ketika dalam suasana gembira untuk menyambut Hari Raya.
Benar perkara yang terjadi adalah uj-ian buat Puan Hijaz, tetapi ia juga sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup ini bahawa m4ti itu tidak mengira usia tua atau muda, samada sihat ataupun tidak.
Takziah sekali lagi kami ucapkan dan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Cerita dan gambar yang dikongsi telah mendapat keizinan dari pemilik sebenar.
Kredit: FB Hijaz