Kongsi gambar sakit kulit, Aeril Zafrel dakwa Ustaz Kazim sedang berlakon, MUA tampil beri penjelasan

Hanya kerana memberikan satu pertanyaan di status Facebook Datuk Mohd Kazim Elias, pelakon Aeril Zafrel menerima kec4man netizen kerana dianggap tidak  bersimpati mengenai perkongsian pendakwah bebas tersebut berhubung s4kit kulit yang dihidapinya.

Menerusi ruangan komen di Facebook, Aeril mahu mendapatkan kepastian tentang peyakit misteri dialami Kazim memandangkan  kenyataan pendakwah berkenaan tidak jelas.

Soalan Aeril menerima pelbagai reaksi netizen yang meminta dia tidak bergurau tentang isu tersebut.

“Saya tanya je… Sekarang ini ustaz memang tengah shooting dengan Mawi,” tulisnya.

Rata-rata netizen yakin apa yang dik0ngsikan adalah benar dan meminta orang ramai mendoakan kesi-hatan Kazim kembali pulih seperti biasa.

“Ini bukan shooting. Ustaz Kazim dah menanggung sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz… Doakan kesembuhan ustaz. Bukan bergurau.

“Bukan… ini buatan hasad dengki orang terhadap Ustaz.

“Bukan tempat bergurau ni brother.

“Ustaz tiada masa nak bergurau bab begini.

“Ada masa bergurau, ada masa serius bro.

“Tak lawak bro.. tak kan ustaz nak main-main bab ini,” komen netizen.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir netizen yang sependapat dengan Aeril bahawa itu adalah efek mekap demi menjayakan sebuah filem terbaru yang bakal dijayakan oleh Ustaz Kazim sendiri. 

Ada juga yang membidas dengan mengatakan bukanlah masa yang sesuai untuk pendakwah p0pular tesebut membuat gimik  berkenaan s4kit kulit yang dihidapi beliau .

Bagaimanapun akhirnya pers0alan terjawab apabila jurumekap yang terlibat tampil membuat kenyataan berkenaan dengan peyakit Ustaz Kazim di laman Facebook nya .

Difahamkan pendakwah selebriti itu sedang menjalani penggambaran sebuah filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Nampaknya dalam kes ni, kedua-dua berita adalah benar. Betul, Ustaz Kazim sedang meghidapi s4kit kulit dan tidak salah juga bahawa  gambar yang dik0ngsi adalah hasil efek mekap ke atas kulit yang s4kit itu. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:mst4r