Chef Ammar dikecam kenakan caj ekstra untuk bungkus lebihan makanan

Tahun ini memang tahun kontr0versi buat Cef Ammar.

Baru sahaja reda dari pelbagai cerita kurang enak berkaitan jualan nasi Arabnya di bazar Ramadhan yang lalu, nama Cef Ammar sekali lagi ‘panas’ apabila dia mengenakan caj tambahan untuk pelanggan yang mahu membungkus makanan yang tidak dapat dihabiskan mereka.

Lantaran itu, pihaknya menerima t0hmahan dari pelanggan berkaitan isu mengenakan caj tambahan terbabit.

Susulan kes tersebut, cef dari Timur Tengah itu tampil memberi penjelasan mengapa setiap pelanggan harus membayar caj tambahan.

Menurut Cef Ammar, penyediaan bekas plastik makanan telah menambah kos operasinya, terutamanya untuk dua bekas plastik kecil tambahan yang diisi fresh salsa dan salad untuk dibawa pulang.

Penjelasan tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran yang dim-uat naik di akaun FacebOok miliknya.

Selain itu, Cef Ammar turut menjelaskan bahawa pekerjanya terpaksa membuat ‘kerja berganda’ untuk membungkus makanan yang tidak dihabiskan oleh pelanggan.

Ternyata kenyataan Cef Ammar itu sama sekali tidak dapat memuaskan hati para pelanggan malah dia semakin ditempelak.

Tinjauan di ruangan k0men mendapati netizen berang apabila alasan Cef Ammar bahawa pekerjanya perlu kerja ‘berganda’adalah tidak masuk akal kerana sememangnya membungkus makanan adalah tugas mereka yang bekerja di kedai restoran.

Caj tambahan yang dikenakan juga adalah tidak wajar kerana rata-rata restoran di negara ini tidak mengenakan sebarang caj untuk lebihan makanan yang ingin dibawa pulang.

Susulan itu, ada yang memberi saranan kepada Cef Ammar untuk menyuruh pelanggan membungkus sendiri makanan atau menyediakan bekas plastik makanan dibawa dari rumah.

 

 

 

Sumber: Xtra