Dari pentas MLM ke pentas menara gading, pelawak Suhaimi Yusof genggam ijazah di usia 52 tahun!

Menuntu ilmu ialah satu perkara yang tiada hadnya.

Walau di hujung usia sekalipun kita dituntut untuk menuntut ilmu kerana ia bukan sahaja dikira ibadah ( bagi umat beragama Islam) tetapi sebagai pelengkap kehidupan kita.

Baru-baru ini, pelawak dari Singapura, Suhaimi Yusof yang dikenali di Malaysia menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega, telah berkongsi di laman Instagram mengenai kejayaannya menamatkan pelajaran di universiti selepas menarik diri daripada tiga universiti pada 30 tahun yang lalu.

Menurut peserta kumpulan Comey ini, semasa permulaan sesi pelajaran dia menyangkakan bahawa dirinya tidak mempunyai mampu untuk melakukannya dan memilih kerjaya daripada belajar.

 

“Dahulu saya memilih kerjaya saya daripada belajar, rakan saya sambung belajar di NUS sedangkan saya tidak.

“Belajar.. saya dapati ia bukan mudah, kerana memerlukan kemahuan dan disiplin yang tinggi,” jelasnya di dalam video tersebut.

Walau bagaimanapun, siapa sangka , selepas 30 tahun, matlamat Suhaimi untuk menggenggam segulung ijazah tercapai apabila dia berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Produksi Media Penyiaran daripada Universiti Teeside.

Turut berkongsi kejayaan ini ialah selebriti Fauzie Laily, 37, yang dianugerahkan ijazah yang sama  dari  Universiti MDIS.

“Terima kasih kepada rakan lama, Encik Fuadi Rahmat yang juga merupakan seorang pensyarah kanan di MDIS kerana telah menunjukkan jalan kepada saya.

“Dia telah membuka pintu serta memberi semangat kepada saya,” tulis Suhaimi di dalam kapsyennya.

Sementara itu, Suhaimi turut berkongsi bahawa anak perempuannya merupakan inspirasi untuk dirinya kembali menyambung pelajaran iaitu Nurjannah Binte Suhaimi, 25.

Ujar bapa berusia 52 tahun ini, puteri nya  itu menamatkan pelajaran di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dan Seni Reka pada 2021.

“Ketika anak perempuan saya belajar di NTU, saya fikir bukankah seronok untuk menamatkan pengajian dengan anak perempuan saya pada tahun yang sama,” katanya lagi.

Suhaimi turut memaklumkan bahawa konvokesyennya telah ditan-gguhkan ke tahun ini berikutan dengan langkah yang diperke-tatkan kerana Covid-19.

Dia juga turut berpesan bahawa jika di dia boleh belajar dan menamatkan pelajaran dengan jayanya  pasti orang lain juga boleh.

“Jika saya boleh melakukan ini sesiapa sahaja boleh,” tulis Suhaimi lagi.

 

 

Sumber: Buzzkini