Walaupun naluri seorang bapa, Muhammad Sukri Ali,50, merasakan anak perempuannya,Siti Nur Athhiyya Soffea yang berusia tiga tahun masih hidup selepas kanak-kanak itu dipercayai hilag ketika majlis hari raya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi, takdir telah menentukan kanak-kanak perempuan itu ditemukan lemas pada pukul 11.35 pagi ini.
Siti Nur Athhiya Sofea Muhammad Sukri, ditemukan anggota penyelamat sejauh kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi rumah rakit tersebut.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan B0mba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, magsa ditemukan timbul dipermukaan air itu masih dalam keadaan sempurna dan berpakaian lengkap.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kedua dan dimulakan pukul 8 pagi dengan meluaskan skop pencarian hingga tiga kilometer radius dari lokasi kejadian.
“Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang, Ismail Ghani mengetuai operasi pencarian hari ini, dengan menumpukan pencarian secara ‘surface searching’ setelah melewati 36 jam dari masa kejadian selain melakukan beberapa kali selaman untuk mencari magsa.
“Mngsa dijumpai bomba dengan bantuan beberapa agensi lain sejauh 1.5 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Muhammad Sukri dalam satu kenyataan redha dengan sebarang kemungkinan jika sesuatu berlaku kepada anak tunggalnya itu.
Sukri juga mengatakan bahawa anaknya itu seorang kanak-kanak yang lincah dan ceria dan tidak akan ikut orang yang tidak dikenali.
Siti Nur Athhiyya Soffea dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada jam 11.15 malam dan memakai baju kurung merah di majlis itu.
Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kayu kecil.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dalam sungai.
Menceritakan kejadian sebelum menyedari kehilangan anak perempuannya itu, Muhammad Sukri berkata, kebiasaannya Siti Nur Athhiyya Soffea akan tidur pada jam 2 atau 3 petang.
Bagaimanapun, katanya, mungkin disebabkan ada majlis hari raya, anaknya tidak tidur petang semalam.
Sumber:BH