“Kenapa usik bila tiba giliran saya? Saya tak nak jadi budak-budak, berbalas di Twitter”

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa terkilan apabila namanya menjadi pertikaian dan sebutan selepas muncul di papan iklan digital (billboard) di New York Times Square, New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ujar biduanita itu atau lebih mesra disapa TokTi, sebelum wajahnya terpampang di papan iklan bersaiz gergasi tersebut, beberapa nama selebriti tempatan lain sudah terlebih dahulu muncul bersempena kempen Equal oleh wadah penstriman digital dunia, Spotify.

“Ramai saja artis sebelum ini sudah keluar di papan iklan tersebut. Tapi bila giliran saya sahaja, kenapa nak usik pula?” ujarnya.

Kata pelantun lagu Bidadari Syurga  itu lagi, pihak yang mempertikaikan perkara tersebut sepatutnya perlu mendapatkan penjelasan daripada mereka yang berkenaan iaitu Spotify sebelum memberi sebarang k0men.

“Kalau boleh minta dulu penjelasan daripada pihak berkaitan (Spotify) barulah boleh k0men. Kadang-kadang tersalah k0men itu yang jadi tak syok,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Raya CTDK Holdings di sini baru-baru ini.

Lebih mengeruhkan keadaan,pertikaian tersebut juga menjadi bualan ha-ngat pengguna Twitter, termasuk peminat Siti sehingga masing-masing saling berbalas ciapan.

Malah, terdapat pihak dalam kalangan rakan artis yang mahu Siti menasihati peminatnya agar tidak bertindak dengan membuat ‘serangan’ melulu di alam maya menerusi k0men dan ciapan.

Ulas  Siti, dia tidak mahu menjadikan isu tersebut sebagai perkara besar memandangkan dirinya sudah matang dan tidak mahu menjadi seperti budak-budak.

“Saya tak nak jadi budak-budak. Apa yang ditulis di Twitter bukan mewakili diri saya pun. Kadang-kadang bukan mewakili peminat saya pun. Orang saja anggap.

“Sepatutnya muzik menyatukan. Sebab muzik ini sangat universal dan istimewa.

“Bayangkan saya ke luar negara, mereka tak faham bahasa saya, tapi mereka boleh hargai. Itu sepatutnya kena saling menghargai. Itu juga saya cuba terapkan dalam setiap persembahan lagu-lagu saya,” katanya.

Terdahulu, penampilan Siti menghiasi papan iklan di kota New York itu bersempena kempen Equal oleh penstriman digital, Spotify.

Sebelum Siti, beberapa nama penyanyi lain turut pernah menghiasi papan iklan tersebut antaranya Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:K! Online