MAHB nafi lapangan terbang Subang ditutup sempena hari TUDM

Menerusi satu ciapan Twitternya, ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata ramai penumpang dari Pulau Pinang terkandas apabila Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS)
ditutup untuk terbang lintas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersempena sambutan Hari TUDM.

“Flight (penerbangan) dari Penang (Pulau Pinang) semua tak dapat take off (berlepas).

“Penumpang terkandas. Kita tak halang program (Hari TUDM) tapi program seperti ini sepatutnya dimaklum awal, kenapa tiada notis?” katanya dalam ciapan Twitter tersebut.

 

Dalam ciapan yang sama,Steven berkata keg4galan pihak berkuasa lapangan terbang mengurus jadual penerbangan adalah satu yang tidak bertanggung jawab.

“Program hari ini bukan kece-masan tapi program sambutan Hari TUDM. Sepatutnya tiket jangan dijual untuk slot ini atau notis diberi lebih awal kepada penumpang,” katanya.

Dalam pada itu terdapat juga pengguna yang meny-elar ciapan Steven.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dihubungi memaklumkan operasi LTSAAS beroperasi seperti biasa dan penutupan hanya membabitkan ruang udara lapangan terbang itu yang berada di bawah kendalian Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Katanya lagi,syarikat penerbangan adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada penumpang mereka jika terdapat sebarang penan-gguhan atau perubahan jadual penerbangan.

 

Sumber:BH