Abai panggilan nombor yang tak dikenali, kakak ralat dapat tau lewat berita kem4tian adik

Tiada siapa pernah bersedia untuk kehilanan insan tersayang dalam sekelip mata  apatah lagi jika melibatkan ahli keluarga sendiri.

Begitulah yang dialami seorang wanita , Nornatasha Khairul Anuar apabila kehilgan adik lelakinya, Muhammad Zulhelmie Khairul Anuar, 17, atau lebih dikenali dengan panggilan Dikjun pada 24 Mei lalu.

Namun apa yang membuatkan Natasha atau mesra disapa Tacaa berkata, dia terkilan kerana lambat megetahui berita pemergian adik kesayangannya itu .

Menurut Tacaa, pada hari kejadian,dia  menerima satu panggilan telefon pada pukul 5.55 pagi namun tidak mengendahkannya kerana panggilan tersebut datangnya dari nombor yang tidak dikenali.

Selang beberapa minit kemudian, anak sulung daripada lima beradik ini menerima satu lagi panggilan daripada adik ketiga, Nur Elya Natasha Khairul Anuar, 18, atau Yaya menyatakan bahawa Dikjun telah meniggal dunia.

“Waktu subuh tu ada nombor tak kenal call saya. Saya tengok saja tak angkat sebab nombor tak save jadi saya memang ingat orang luar saja kacau. Lepas tu masuk panggilan dekat WhatsApp daripada Yaya, dia beritahu Dikjun dah meniggal dunia.

“Saya buka mesej dekat WhatsApp tengok pukul 4.30 pagi tu rupanya Yaya dah beritahu yang Dikjun kemalang-an. Saya sangat terkejut dan sedih pagi tu bila baca mesej yang dihantar.

“Saya terus bersiap untuk pergi h0spital. Masa tu saya ada dekat Penang, tak duduk serumah dengan famili sebab kerja dekat sini,” jelasnya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Pulau Pinang.

Menurut wanita berusia 23 tahun ini lagi, berita mengejut mengenai kema-tian Dikjun bagaikan satu mimpi ngeri buat dirinya.

 Tacaa yang merupakan anak jati Pulau Pinang bercerita Dikjun meniggal akibat jatvh motosikal apabila terlanggar tali pengikat barang yang digunakan oleh pemandu lori atas highway.

“Malam kejadian tu dia dengan lima lagi kawan yang lain dalam perjalanan nak pulang ke rumah menaiki motosikal. Dikjun naik motosikal sendirian masa dia terlanggar tali tu.

“Lepas dia dah tertiarap dekat jalan, kawannya yang naik motosikal membonceng dua orang tu tak sempat nak elak jadi mereka jatuh sekali rem-puh arwah. Masa jena zahnya dibawa pulang untuk dikebumikan, tak sangka ramai kawan dia termasuk cikgu dah tunggu dekat rumah,” imbas Tacaa mengenai kematian Dikjun.

Sejurus kemalngan mera-gut nyawa di Bukit Merah, Perak, itu, jelas Tacaa, terdapat beberapa anggota polis yang kebetulan melalui kawasan kejadian telah membuat panggilan kecem-asan kepada pihak ambul4ns.

Dikjun bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan dis-ahkan telah meniggal dunia pada jam 5.25 pagi di H0spital Parit Buntar, Perak.

Menurut Tacaa, dia bukan sahaja terkilan kerana terlewat mengetahui berita kema-tian Dikjjun malah berasa sedikit ralat apabila mengenangkan permintaan arwah yang tidak dapat ditunaikan.

“Saya menyesal sebab waktu raya dia ada minta saya duit nak beli baju Melayu. Saya tak belanja waktu tu sebab mak dah bagi masing-masing duit untuk beli baju raya.

“Dia ada beli baju raya sendiri tapi saiz baju tu tak ngam dengan badan dia. Mak pun ada tegur dia beli baju saiz kecil nanti tak sempat nak pakai Raya Haji. Lepas tu arwah beritahu dia memang tak nak pakai dah. Tak sangka memang betul dia tak boleh pakai dah untuk raya nanti,” katanya.

Perkongsian video di TikTok mengenai panggilan tidak berjawab setelah kem4tian adiknya telah meraih hampir 2 juta jumlah tontonan.

Netizen turut meluahkan rasa sedih malah isu mengenai panggilan penting tidak berjawab ini menjadi perdebatan di ruangan k0men.

“Tu pentingnya angkat call, walaupun nombor tak kenal takut benda penting macam ni, sejenis famili saya yang tak suka angkat call pun geram juga.

“Kalau dapat call dari nombor tak kenal pagi-pagi buta ni la paling takut nak angkat. Kadang orang nak kacau pagi buta. Paling-paling ada berita tak elok,” antara k0men netizen.

Dalam pada itu, Tacaa menjelaskan bahawa panggilan daripada nombor tidak dikenali itu  adalah merupakan nombor terkini milik Yaya.

Atas sebab kerap menukar nombor telefon, Tacaa tidak menyimpan nombor baharu adiknya sebagai kenalan dalam telefon bimbit.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:mst4r