Asyraf Khalid jawab tuduhan dikaitkan dengan sc4mmer

Usahawan, Asyraf Khalid meyangkal sesetengah dakw-aan yang mengatakan mentor nya dalam bidang perniagaan, Datuk Wira Dr Azizan Osman (Doc)ialah seorang sc4mmer.

Sebaliknya tegas Asyraf, Dr Azizan lah guru dan mentor beliau selama ini di dalam dunia perniagaan.

“Apa yang orang cakap pasal Doc, banyak yang tak betul jadi saya rasa sebagai salah seorang usahawan yang beliau bimbing dan tranformasi, saya perlu untuk perjelaskan perkara ini.

“Doc sebenarnya adalah seorang jurulatih bisnes yang dah bantu banyak perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Malaysia untuk capai jualan dalam jutaan ringgit,” katanya lagi.

Sebelum itu, ibu tiri Asyraf iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza juga pernah menyatakan bahawa suaminya, Datuk K berbangga dengan kejayaan Asyraf hasil dari bimbingan Dr Azizan.

Malah seorang lagi anak Datuk K, iaitu Aazief juga bakal mendapat bimbingan dari figura hebat itu.

Tambah Asyraf, profil dibawah permentoran Titanium dengan sekitar 300 ahli bersama Spire dan EliteX berjumlah RM3.7 bilion.

“Saya salah seorang Titan Premier bersama isteri, Tya Arifin yang membawa jenama Mutyara Beauty selama 3 tahun terakhir, alhamdullillah bisnes berjaya untuk grow & sustain dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

“Asbab bimbingan dari Doc yang sentiasa menyediakan kami untuk hadapi apa-apa situasi, kami dapat jadi seperti yang anda lihat hari ini”

“Antara jenama lain yang Doc bimbing yang juga merupakan ‘classmates’ saya seperti Sabella, Noir, PTTI, Faith Fluer, Eskayvie, Andalusia, Hasnuri, Nurraysa dan banyak lagi,” ujarnya.

Asyraf memberitahu, antara pencapaian yang dilihat beliau sangat ‘power’ untuk PKS adalah jenama Sabella yang berjaya membuat jualan lebih dari RM100 juta untuk 2 tahun berturut-turut & Eskayvie yang sehingga Mei lalu sahaja sudah mencapai jualan lebih dari RM100 juta.

“Banyak lagi jenama lain atau pengasas yang sebenarnya asal dari zero yang Doc sudah bimbing sehingga menjadi terkenal malah ada juga bisnes yang dah lama, tapi stuck sebelum transformasi bahkan grow apabila belajar bersama Doc.

“Bagi saya bisnes ini memang tak mudah, tapi saya bersyukur Doc sentiasa ada untuk bantu capai apa yang saya nak capai. Jujurnya, saya ni adalah seorang anak murid yang tak bagus, tapi Doc tak pernah putus asa dan buat macam-macam proses untuk pastikan saya menjadi orang lebih baik malah pemimpin yang bagus.

“Hasil bimbingan Doc, saya rasa dunia sudah banyak berubah. Hari ini, hubungan saya dengan Allah, mak ayah, isteri, anak-anak & orang sekeliling adalah jauh lebih baik dari dulu. Perniagaan kita juga alhamdullillah, semakin dikenali dan dipercayai ramai orang,” katanya lagi.

Sumber: Wilayah ku