Siapa yang boleh melupakan keletah kanak-kanak yang mendukung watak sebagai Amir dalam filem popular sekitar tiga dekad lepas,Suami Isteri dan dot dot bersama Rosyam Nor dan Lydiawati.
Sudah lah hakikat nya dia seorang kanak-kanak perempuan, tetapi Erna Elliyana berjaya membawa watak sebagai kanak-kanak lelaki dalam filem itu dengan cemerlang.
Erna juga pernah berlakon dalam drama bersiri Opah terbitan RTM.
Meningkat remaja, Erna kemudian cuba mengasah bakat dalam bidang nyanyian dengan menyertai pertandingan Sinaran Passport Kegemilangan dan kemudiannya menyandang gelaran Naib Juara.
Dia juga di antara peserta pilihan dalam pertandingan nyanyian One In A Million.
Namun entah di mana silapnya, kerjaya seni Erna semakin malap. Dia seakan teggelam dalam lambakan artis-artis baru yang muncul ibarat cendawan selepas hujan.
Lantaran itu, Erna terpaksa meng4kui percaturannya dalam bidang seni yang dicintainya ini tidak menjadi dan dia kemudiannya perlahan-lahan mengundurkan diri.
Kini dalam usia 33 tahun, Erna yang ditemui berkata dia masih minat menyanyi.
“Kalau tanya saya, memang saya minat menyanyi. Tetapi ada satu masa saya rasa macam putus asa. Saya cakap dengan diri saya adakah ini dunia yang saya mahukan? Adakah ini pendapatan yang saya mahukan?
Masa itu saya dapat rasakan ‘struggle’ sebagai seorang penyanyi. Tambahan pula saya pernah ditip-u tidak dapat bayaran,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, selepas tamat belajar di UiTM, dia terus merancang untuk memulakan perniagaan sendiri.
“Saya rasa macam tert-indas bila saya jadi penyanyi. Sebab itu saya ambil keputusan untuk berniaga. Soalan kenapa tidak mahu teruskan kerjaya nyanyian ni sering ditanyakan kepada saya.
Datin Alyah pun selalu tanya kenapa saya tak mahu menyanyi lagi. Mungkin sudah aturan Allah rezeki saya bukan dalam bidang nyanyian tetapi dalam bidang perniagaan.
Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya punya ruang masa untuk kembali aktif, penglibatannya dalam dunia hiburan tidaklah serius, sebaliknya hanya untuk projek istimewa.
“Kalau buat lagu sekali pun selepas ini, ia hanyalah untuk penuhi minat. Tidaklah untuk meletakkan harapan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga dengan lakonan meski ada di antara ahli keluarga pun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan,” katanya.
Sekadar info, Erna merupakan anak kepada dramatis Allahyarham Hasnah Ibrahim dan juga adik kepada Ikhwan Rosli, iaitu pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM dan Kool FM.
Sumber: Getaran