
Pelakon Sharnaaz Ahmad, menc-uri perhatian warganet apabila mendedikasikan sebuah coretan manis buat sahabat baiknya yang juga pelakon terkenal, Shukri Yahaya, sempena ulang tahun kelahiran aktor tersebut.
Menerusi entri terbaru Instagramnya, pelakon filem Jebat itu turut memuat naik beberapa foto bersama Shukri sempena hari lahirnya.
“Selamat hari lahir buat sahabat, brother kesayangan gua (saya)… Aku rasa hang (kau) tahu dah macam mana aku sayang dekat hang.
“Jadi, hanya kekal seperti anda…kekal rendah hati dan sentiasa menjadi yang terbaik dengan apa yang hang buat.
“Semoga terus sukses, bahagia disamping @tyaadnan dan juga Ameena serta pak Maliki. Terima kasih kerana banyak tone down aku jadi lebih berguna di masa ini… Sayang awak selalu,” tulisnya.
Susulan itu,rata-rata warganet menzahirkan rasa kagum dengan ikatan persahabatan mereka selain menyifatkan Sharnaaz adalah seorang sahabat yang ‘sweet’.
“Comellah depa (mereka) berdua ini. Sahabat sejati dunia akhirat,” k0men seorang warganet.
“Sharnaaz yang garang-garang pun sweet juga bagi ucapan buat sahabat dia…”
“Sahabat yang boleh menyentuh hati batu kita ini ‘limited edition’. Syukur dipertemukan,” tulis warganet lain.
P/s: Tak sangka dalam hati ada taman juga Sharnaaz ni ye. Belum lagi ucapan pada kekasih, entah bagaimana romantis agaknya.
Sumber:UM