Kelibat Remy Ishak di hari pengebumian Adibah Noor cetus tanda tanya

Jika diikutkan mereka berdua jarang digandingkan di dalam mana-mana drama mahupun filem.

Namun kemunculan pelakon sasa Remy Ishak di hari pengebumian penyanyi dan pelakon Adibah Noor mencetuskan sedikit pertanyaan di kalangan netizen.

Jika tidak ada sesuatu yang istimewa selain dari hubungan sesama rakan artis, masakan pelakon ini hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Malah ,Remy antara yang mengiringi jenazah Allahyarham sehigga dibawa masuk ke dalam liang lahad.

Ketika diajukan soalan ini, Remy berkata dia mengenali Allahyarham Adibah Noor sebelum bergelar artis lagi. Malah Remy juga meng4kui dia sangat sentimental dengan figura berbakat itu yang lebih mesra dipanggilnya dengan panggilan Kak Diba.

Remy, 40, atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata, dia dan Allahyarham sangat rapat walaupun tidak pernah dipaparkan kepada umum.

“Nak kata saya rapat sangat dengan kak Diba mungkin orang tak nampak tapi saya rapat dengan dia. Hari itu masa saya s4kit, kak Diba hubungi saya, bagi nasihat dan sebagainya”

Menurut Remy, banyak nasihat yang Allahyarham titipkan buat dirinya selain menyifatkan Adibah seorang yang penyayang.

“Saya kenal dia lebih daripada seorang penghibur dan dia macam kakak. Dia selalu nasihat berkenaan masa depan, jangan bergantung sepenuhnya kepada dunia hiburan dan buat perkara lain sebab dia lebih berpengalaman.

Banyak nasihat dia bagi pada saya bukan sebagai anak seni saja. Sewaktu saya sak-it pun dia bagitahu apa yang kena buat. Kak Diba pun melalui fasa itu jadi dia banyak bagi nasihat pada saya.”

Cerita Remy lagi ketika melihat gambar terkini arwah yang sangat kurus di Instagram, dia menyangkakan ‘Kak Diba’ nya sedang berdiet malah tidak mengesyaki apa-apa yang buruk tambahan pula Adibah tidak bercerita tentang s4kitnya.

“Selepas itu bila dia dah mennggal barulah pengurusan saya beritahu dia sak-it,” ujar Remy dalam nada sedih.

Apabila isteri saya beritahu yang kak Diba meniggal, saya jadi tak terkata. Saya suruh dia semak lagi sebab takut berita itu tak betul. Dia semak lagi dua tiga kali dan agak lama saya terdiam, saya jadi tak tahu nak buat apa.”

“Kak Diba seorang yang penyayang. Buktinya ramai yang datang beri penghormatan terakhir. Dia pun sangat mudah didekati dan selalu positif. Apa saja yang dibuat, dia selalu positif. Semasa pa4ndemik pun dia sangat positif,” katanya.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Adibah Noor atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar yang meniggal dunia akibat k4nser ovari tahap empat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, semalam.

Sumber:BH