Isu penjagaan kucing selesai, waris dan pengurus Adibah Noor minta jangan tertipu dengan pihak yang ambil kesempatan

Pengurus kepada penyanyi dan pelakon, Allahyarhamah Adibah Noor, Cik Todd, memaklumkan kesemua kucing peliharaan arwah kini dibawah tanggungjawabnya serta keluarga Adibah Noor sendiri.

Menurut Cik Todd, kesemua kucing-kucing tersebut kini berada dalam keadaan yang sangat baik dibawah jagaan mereka.

“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik dibawah jagaan PA Adibah Noor dan keluarga arwah,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya itu menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter milik Adibah Noor pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Cik Todd turut mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak mudah terpedaya dengan info-info palsu daripada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut.

“Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita p4lsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut,” tulisnya.

Meninjau di ruangan k0men, rata-rata netizen menzahirkan rasa lega selain turut mendoakan segala urusan untuk menjaga kucing-kucing tersebut akan dipermudahkan.

“Waalaikumussalam. Moga Cik Todd juga dalam kesejahteraan.

“Alhamdulillah dan tahniah Cik Todd kerana sambung menjaga kucing-kucing kesayangan arwah. Semoga Cik Todd dimurahkan rezeki.

“Semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan.

“Harap semua dapat dijaga dengan baik. Terima Kasih update Cik Todd. Al fatihah untuk allahyarhamah.

“Happy sangat mendengar cerita kucing kucing sayang,” antara respon yang diberikan wargamaya.

Sebelum ini, ada beberapa pihak did-akwa cuba mengambil kesempatan dengan meminta bantuan kewangan kononnya ingin mengambil alih tanggungjawab menjaga kucing-kucing kesayangan Allahyarhamah Adibah.

Difahamkan ketika hayatnya, Allahyarhamah  membelanjakan kira-kira RM3000 sebulan untuk penjagaan kesemua kucing nya.

 

 

 

 

Sumber:MH