5 tahun berlalu, nasihat Jackie Chan pada Nabil Ahmad tidak sia-sia

Mungkin ramai yang masih ingat sekitar tahun 2017, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad pernah menjadi pengacara di majlis karpet merah Anugerah Oscar yang diadakan di Amerika Syarikat (AS).

Ketika itu Nabil berpeluang menemuramah pelbagai artis antarabangsa termasuklah bintang lagenda Hong Kong yang mencipta nama di Hollywood, Jackie Chan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa pelakon terkenal itu ada menitipkan pesanan yang dipegang Nabil sehingga kini.

Perkara itu dik0ngsi oleh
penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal ketika dalam satu sesi ceramah beliau baru-baru ini.

Jelas Don, perkara itu diceritakan oleh Nabil sendiri kepadanya yang mana Jackie menitipkan pesan antara lain berbunyi

“Jangan terlalu kejarkan Oscar (Anugerah Oscar), usaha bersungguh-sungguh sampai masa Oscar akan datang mencari kamu”.

 

Tambah Don, walaupun itu merupakan pesanan yang ringkas, namun mampu memberi kefahaman yang berguna kepada kita.

“Jika dilihat kepada nasihat tersebut, kita boleh simpulkan jangan terlalu kejarkan kejayaan, jika kita kejarkan kejayaan maka kita akan buat apa sahaja, meni-pu untuk kejayaan itu.

“Apa yang perlu kita buat adalah menjadi orang berjaya dan dengan sendiri kejayaan tersebut akan mencari kita,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:K! Online