Penantian berakhir, bekas tentera akan temui rakan yang dicarinya 50 tahun lalu Isnin depan

Semalam akhbar Harian Metro melap0rkan kisah seorang imam yang juga merupakan bekas tentera, Amir Hassan,72, untuk bertemu dengan sahabat lamanya yang terpu-tus hubungan sejak 50 tahun lalu untuk memberikan hadiah sebagai tanda perkenalan seperti dijanjikannya dahulu.

Bagaikan takdir yang tersurat, penantian itu akhirnya bernokhtah apabila sahabat yang dicarinya selama ini, Siti Aminah Hashim,69,menghubungi Amir pada 9 pagi hari ini dan mengakui dia adalah insan yang dikesan sejak lebih 5 dekad itu.

“Alhamdulilah… akhirnya insan yang lama saya cari menghubungi saya pagi hari ini dan ia merupakan kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang hayat,” kata Amir.

Menurutnya, rakannya itu kini berstatus ibu tuggal dan memiliki tiga anak selain pasangan hidupnya sudah meniggal dunia.

“Rupa-rupanya saya tersilap kerana namanya bukan Siti Fatimah tetapi Siti Aminah dan kini dia menetap di Felda Bukit Batu, Kulai.

“Perbualan antara kami selama setengah jam pagi tadi terhenti seketika apabila dia tidak dapat menahan se-bak mengenang persahabatan kami.

“Dia menyatakan melihat gambar lama saya yang disiarkan di laman Harian Metro dan masih ingat rupa saya ketika muda.

“Dia juga menceritakan kenangan lama ketika bertemu di stesen keretapi dan suara lembutnya masih tidak berubah,” katanya.

Amir yang tinggal di Kampung Tasik Alai, Segamat di sini, berkata, dia syukur kerana perbualannya dengan Siti Aminah tidak dihalag oleh kedua belah keluarga malah masing-masing menghormati nilai persahabatan mereka.

Malahan Amir bersama bersama ahli keluarga juga bercadang untuk menziarahi Siti Aminah pada Isnin depan di Kulai.

Katanya, dia berharap segala perancangannya berjalan lancar tanpa sebarang halagan.

“Saya mahupun ahli keluarga tidak sabar untuk bertemu dengan Siti Aminah yang mungkin kini sudah berubah rupanya kerana masing-masing sudah dimamah usia.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada netizen yang memberi sokongan dan mendoakan usaha saya mencari Siti Aminah berjaya,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Siti Aminah Hashim, 69, berkata, selepas melihat paparan Harian Metro, dengan kebenaran ahli keluarga dia menghubungi sahabat lamanya itu.

Menurutnya, selepas terpu-tus hubungan dengan Amir, dia tinggal di Johor Bahru sebelum ke rumah adik lelakinya di Felda berkenaan.

“Saya pernah membuka perniagaan sendiri termasuk menjual sate dan ikan bakar namun atas faktor usia anak meminta saya untuk berehat di rumah.

“Saya pernah tanya rakan berkaitan Amir sebelum ini namun tidak menerima sebarang maklumat. Oleh itu, saya hanya berserah kepada Allah sekiranya ada rezeki, kami tetap bertemu.

“Walaupun dia lupa nama sebenar saya namun apabila membaca jalan cerita di Faceb0ok, saya merasakan mesej itu ditujukan kepada saya.

“Dia memanggil saya dengan gelaran Ati iaitu ringkas Siti dan seperti orang muda lain, pada usia berkenaan dia juga berhasrat menghadiahkan saya sesuatu sebagai tanda persahabatan.

“Tidak sangka dia masih berpegang kepada janji lama dan menyatakan akan menziarahi keluarga kami pada Isnin ini,” katanya.

P/s: Ah, tak sabar pula nak tunggu Isnin untuk menyaksikan pertemuan dua sahabat lama ini. Semoga dipermudahkan!

Sumber:HM