Setahun bernikah, Bad Indigo -Ashira umum bukan lagi suami isteri

TIADA angin, tiada ribut, penyanyi Ashira dan suaminya ahli kumpulan Indigo mengumumkan bahawa rumah tangga mereka telah menemui titik noktah nya.

Ashira dan Bad menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.

“Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpis-ah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila,” kata Bad.

Sementara itu, Ashira berkata dia memaklumkan perkara itu kerana enggan mana-mana pihak membuat spekulasi tidak betul mengenai rumah tangga mereka.

“Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah. Tak ada masalah antara kami, kalau ada masa-lah saya tak ada dalam kereta ni.

Bagaimanapun pasangan ini enggan mendedahkan punca perpis-ahan mereka.

“Biarlah saya, dia (Bad) dan Allah saja tahu,” ujar Ashira ringkas.

“Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita… yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni itu adalah satu a1b. Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah d0sa.

“Biar Allah yang tahu. Semoga tiada ada lagi pertanyaan mana Ashira, mana Bad. Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami,” ujarnya.

Pasangan ini bertemu buat pertama kali ketika sama-sama menyertai pertandingan nyanyian realiti Gegar Vaganza 7.

Sumber:mst4r