Selepas 30 tahun, ini antara sebab usaha pulih rumah Sudirman masih temui jalan buntu

Terbiar sejak beberapa tahun lalu, sebelum r0sak teruk dalam keba-karan pada tahun 2008,ramai tidak tahu bangunan terbiar di Kampung Tok Embun dekat Mentakab adalah rumah penghibur popular, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad menghabiskan zaman kanak-kanaknya.

Kini rumah usang itu hanya tinggal tangga konkrit dengan lantai kayu, di tapak asal.

Ia dibiarkan ‘tanpa disedari’ sehingga baru-baru ini ia tular di media s0sial dengan beberapa pihak mempersoalkan mengapa tiada usaha dilakukan untuk memulihkan untuk pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tok Embun, Rahman Omar, berkata tahun ini genap 30 tahun kem4tian Sudirman yang pernah menjadi penghibur nombor satu negara.

“Sebelum ini, seorang pegawai daerah Temerloh ketika berkhidmat di sini pernah bercadang membaiki semula rumah itu sebagai tapak warisan tetapi hingga kini tidak menjadi kenyataan.

“Saya agak kecewa kerana tiada apa yang dilakukan selama ini untuk membina semula rumah tersebut dan mampu menawarkan cerita tentang sejarah hidup Sudirman.

“Sama seperti rumah P Ramlee di Pulau Pinang yang kini dijadikan tarikan pelancong. Mungkin pihak berkuasa boleh membina galeri di rumah Sudirman bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat lanjut mengenainya,” katanya.

Rahman berkata usaha membaik pulih rumah kayu ikonik itu sudah tentu mampu menjadikan tapak itu sebagai tarikan pelancong memandangkan kubur Sudirman juga terletak berhampiran iaitu di Kampung Chengal di Temerloh.

Jirannya, Mohamad Aliff Fikram Bahari, 31, yang rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari rumah Sudirman, berkata tempat itu kini ditumbuhi semak dan dikelilingi pokok besar.

“Orang ramai pernah singgah bertanyakan lokasi rumah itu tetapi tidak ramai yang berani masuk ke kawasan itu kerana ditumbuhi pokok.

“Kira-kira dua tahun lalu, ada beberapa pelajar universiti berkunjung ke rumah itu untuk menjalankan kajian bagi pengajian mereka,” katanya.

Menurut arwah neneknya, Sudirman dibesarkan di rumah itu dan menamatkan sekolah menengahnya sebelum berpindah mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Malaya di Kuala Lumpur pada 1976.

Katanya, Sudirman sering pulang ke rumah itu hingga dia meniggal dunia pada 1992 dan rumah itu r0sak dalam kebakaran pada tahun 2008.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata rancangan untuk memulihkan rumah terbiar tempat penghibur Sudirman dibesarkan hanya boleh menjadi kenyataan jika keluarganya memberi ‘lampu hijau’.

Katanya, keluarga itu perlu memberi persetujuan mereka sebelum pihak berkuasa boleh memulakan sebarang rancangan untuk memulihkan struktur itu.

“Ia adalah hak milik persendirian, jadi hanya jika keluarga beliau (Sudirman) memberikan persetujuan mereka, maka kerajaan negeri atau Muzium Pahang boleh membuat perancangan untuk menjadikannya galeri atau muzium rumah,” katanya.

Sumber:BH