Najib berlakon jadi Tun Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran di Faceb0ok
berkogsi gambarnya ketika berlakon dengan memegang watak sebagai Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak yang juga bapanya menerusi sebuah drama.

Difahamkan, drama bertajuk Tunjang itu memerlukan Najib berpakaian seperti bapanya malah beliau turut mengenakan rambut palsu dan bertopi.

Najib sambil berseloroh berkata beliau sudah beralih ke bidang lakonan.

“Saya tukar bidang pengarah cakap tak perlu audition (uji bakat). Macam best penggambaran saya masuk watak dalam drama Tunjang tadi.

“Boleh tahan juga OOTD (outfit of the day) saya pakai topi ini. Ada macam James Bond zaman dulu-dulu,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam masa sama, Najib turut berkongsi gambar-gambar lain sewaktu penggambaran drama tersebut antaranya menaiki kereta klasik.

Malah, beliau juga sempat bergurau dengan pengikutnya mengenai rambut palsu yang dipakainya itu.

“Baca komen-komen tadi, suka ya kamu tengok rambut saya. Nasib baik angin tak tiup tadi,” ujarnya.

Sumber:K! Online