Alim Kris tidak berminat buat ‘comeback’ biarpun Tiara kembali p0pular

Baru-baru ini dunia hiburan kec0h apabila penyanyi dari seberang,Raffa Affar menyanyikan lagu evergreen Tiara dari kumpulan Kris yang pernah p0pular suatu ketika dulu dalam versi slow rock yang membuatkan dia menerima kec4man dari pelbagai pihak.

Namun menurut Raffa, semua orang berhak memberikan pendapat tetapi dia tidak dapat memaksa peminat menerima lagu itu dalam lenggok nyanyiannya.

Rupanya kejadian itu turut memberi impak kepada penyanyi asal lagu tersebut, Alim dari Kumpulan Kris.

Alim, 52, atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Bukhari berkata dia tidak menyangka namanya kembali menjadi sebutan selepas lagu popular mereka, Tiara dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar.

Walaubagaimanapun menurut penyanyi tiggi lampai ini dia tidak berminat untuk kembali menyanyi dan tinggal di Kuala Lumpur biarpun sudah terdapat permintaan.

“Saya sebenarnya masih menyanyi dan sebulan sekali tetap ada show. Namun berbanding dulu, orang dah mula cari saya semula sekarang.

“Dari sudut lain saya berbangga kerana perkara ini menyedarkan penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) berkenaan kewujudan saya dalam industri.

“Mungkin ada yang tak kenal saya dan Kris berbanding artis seberang kenal saya dan menghargai kami,” katanya lagi.

Alim yang kini menetap di Ipoh, Perak berkata, dia tidak akan berhijrah semula ke Kuala Lumpur kerana sudah puas tinggal di ibu kota.

“Saya sekarang lebih selesa tinggal di Ipoh kerana tak boleh lagi tinggal di Kuala Lumpur. Cukuplah…sakit kepala dengan suasananya.

“Di kampung sekarang saya ternak ikan tapi sekadar main-main sahaja,” katanya yang mengakui kurang sihat ketika ini.

 

 

 

Sumber:HM