Masalah hakisan, Ebby Yus risau keselamatan di rumah baru

Pelakon dan pelawak, Ebby Yus atau nama sebenar­nya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 57, bersyu­kur rumah pemberian kerajaan yang dibina di tapak rumah asalnya yang mus-nah akibat dihan-yutkan banjir pada tahun lalu kini sudah siap sepenuhnya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat.

“Alhamdulillah, rumah sudah siap. Sekarang saya tengah tunggu masa penyerahan kunci rumah. Kunci akan dapat dalam masa terdekat. Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan di atas sumbangan yang diberikan,” katanya.

Sungguhpun begitu,Ebby belum lagi boleh menarik nafas lega apabila dia terpaksa berhadapan dengan masa-lah tanah rumah terhakis akib-at sungai dan jambatan sungai yang terput7us di hadapan kawasan rumahnya.

“Saya ada meminta bantuan dari pihak tertentu untuk selesaikan isu berkenaan kerana rumah saya sudah terlalu hampir dengan tebing sungai yang sudah ru-ntuh, malah terdapat beberapa buah rumah penduduk lain yang turut terjejas.

“Mas4lah ini sudah saya usulkan dan mereka sedang berusaha serta berbincang untuk selesaikan mas4lah jambatan sungai yang terputus itu.

“Saya percaya jika perkara ini berlarutan, kemungkinan harta benda penduduk di sekitar sini akan mengalami ker0sakan dan kemus4nahan,” ujarnya.

Pelakon itu berharap agar proses kelulusan tambat sungai dapat dilaksanakan dalam tahun ini juga kerana bi-mbang keadaan itu akan melambatkan pr0ses pemindahan rumah.

“Kalau proses tambak sungai lambat, kawasan rumah saya akan cepat terhakis. Lebih-lebih lagi kalau hujan lebat, tanah makin cepat terhakis,” katanya.

Sumber:K! Online