Aidiladha ini pasti memberi kenngan tersendiri buat selebriti terkenal dari seberang, Raffi Ahmad bersama isterinya iaitu pelakon Nagita Slavina apabila memperuntukkan sebanyak 20 ekor lembu bersaiz gergasi untuk dik0rbankan.
Menerusi video yang dim-uat naik dalam saluran YouTube Rans Entertainment, selebriti berusia 35 tahun itu memaklumkan bahawa dua ekor daripada lembu tersebut dibeli atas nama pembantunya, Merry dan Sensen.
Sementara seekor lembu lagi akan disumbangkan kepada masjid untuk dik0rbankan.
“Saya beli tiga ekor sapi (lembu), dua ekor daripadanya buat Merry dan Sensen, manakala seekor lagi disumbangkan untuk masjid.
“Saya sudah berjanji kepada Merry untuk disumbangkan ke kampungnya,” kata Raffi.
Ujar penyanyi itu lagi, kesemua haiwan tersebut dibeli dari sebuah pusat penternakan lembu yang terletak di Cangkringan, Yogyakarta.
Dalam pada itu, Raffi turut berkogsi foto dirinya menunggang salah seekor lembu yang diberi nama Onto Seno berusia empat tahun dengan berat mencecah lebih satu tan.
Menjengah dalam InstaStorynya, Raffi bersama isteri juga sempat melawat ke beberapa tempat penyembelihan lembu untuk meninjau proses korban yang dijalankan antaranya di Lebak Bulus dan Andara di Jakarta.
Perkongsian pelakon sinetron Senandung Masa Puber itu turut menarik perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata terkejut dan teruja melihat lembut bersaiz gergasi yang dibelinya untuk dikorbankan.
“Lembu yang sangat besar! Takut saya melihatnya,” kata salah seorang pengikutnya.
“Setiap tahun tertunggu-tunggu kejutan daripada Raffi ketika menyambut hari raya,” kata seorang lagi pengikutnya.
Hasil tinjauan team DTK, sekiranya di Malaysia, harga lembu saiz gergasi itu boleh mencecah sekitar RM26ribu seekor.
Bayangkan berapa jumlah yg Raffi keluarkan jika dia di Malaysia. Lebih setengah juta ringgit. Wow!
Sumber:K! Online