Misteri kehilangan 7 kanak-kanak termasuk 3 OKU terjawab

Misteri kehilagan tujuh kanak-kanak dan remaja termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) di Kampung Kebayau sejak semalam akhirnya terjawab apabila mereka ditemui selamat, pagi ini.

Semua mangsa berusia tiga hingga 15 tahun itu ditemui penduduk kampung pada jam 7.40 pagi sejauh 1.5 kilometer dari kawasan kampung berkenaan.

Menurut kata seorang penduduk, Robert Santim, 50,dia serta dua lagi rakannya, Jolius Sumbing, 41 dan Vincent Sikin, 36, menemui semua magsa di sebuah pondok di kawasan kebun pokok getah dan buah-buahan.

Robert berkata semua penduduk risau apatah lagi ada diantara mereka ialah kanak-kanak austisme.

“Syukur, mereka (magsa) ditemui dalam keadaan selamat walaupun ada yang mengalami luka kecil,” katanya.

Menurutnya, kesemua remaja dan kanak-kanak itu dikatakan pergi mencari labi-labi di anak sungai yang terletak berhampiran puncak bukit.

“Mereka yang berbekalkan roti dan air tidak menyedari cuaca semakin gelap dan terpaksa menginap di pondok yang berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, semua magsa menjalani pemeriksaan raw4tan oleh pihak paramedik.

“Dua daripada tujuh mangsa itu dihantar ke hospital Kota Belud akibat luka kecil dan perlu menjalani pemeriksaan lanjut.”

“Magsa lain diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing manakala operasi ditamatkan jam 9.30 pagi ini,” katanya.

Kira-kira jam 3 petang semalam, mangsa Freddy Kerinsuk (OKU), 15; Arni Kerinsuk (OKU), 13; Alistar Kerinsuk (OKU), 9; Royce Kerinsuk, 3; Meclorn Datine, 12; Elson Evan Lie Willie, 11 dan Elcy Jackter, 5, kali terakhir dilihat penduduk sebelum dilaporkan dikhuatiri hilag.

Operasi SAR itu turut disertai bantuan unit anjing pengesan (K9) dan lebih 30 penduduk kampung.

Sumber:HM