
Ketika seluruh Malaysia masih lagi sedang meraikan kejayaan filem Mat Kilau yang telah berjaya mengumpul lebih kurang RM96 juta, tiba-tiba timbul pula cerita kurang enak yang melibatkan pelakon utamanya iaitu Datuk Adi Putra dengan syarikat produksi iaitu Studio Kembara Sdn Bhd.
Dalam satu hantaran terbaru Adi yang dimuatnaiknya di Instagram malam tadi, dia telah menyampaikan sebuah mesej ‘pedas’ kepada syarikat produksi terbabit.
Sementara itu di bahagian komen, kelihatan sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama @filem_matkilau telah membalas mesej yang disampaikan Adi.
Turut memberi respon ialah seorang pelakon Mat Kilau iaitu Johan Asaari yang memberikan komen di hantaran berkenaan dengan menulis jika Adi tidak hadir ke malam gala tayangan filem berkenaan di Jakarta, dia juga berat hati untuk hadir ke majlis tersebut.
Di pihak peminat pula, rata-rata memberi komen sinis kepada syarikat produksi terbabit yang diibaratkan seperti kacang lupakan kulit.
“Kutipan dekat Rm100 juta terus buat hal“- ohikzi.png
“dah kaya lupa la. Hahahaha” – tulis Podeyy830
“Nak buat macam mana..berjuta kan dapat duit..lupalah sapa punca berjuta, siapa pelakon yang berjaya membawa watak” – komen oleh iiintan-13.
Semoga segala perselisihan faham yang berlaku di antara Adi dan pihak produksi akan dapat diselesaikan segera dengan cara baik.
Sumber:Getar4n