Ali XPDC masih sukar bercakap, tak halang rakan cari vokalis pengganti

Biarpun keadaannya sudah bertambah baik, vokalis kumpulan XPDC, Ali memaklumkan, dia mengalami kesukaran untuk melontarkan vokal selain percakapannya terbatas.

Lantaran itu, menurut Ali, dalam keadaan kesi-hatannya yang belum pulih, dia tidak menghalang jika XPDC ingin mencari pengganti dirinya kerana mereka juga perlu meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia seni.

“Saya sendiri tidak pasti berapa lama tempoh untuk berehat dan kembali pulih. Jika ahli XPDC ada pengganti untuk sementara teruskan saya kira itu yang terbaik buat masa ini,” katanya.

Ali, 53, diuji dengan masalah kesihatan sehingga sukar bernafas pada Mac lalu.

Biarpun sudah boleh bergerak dan menguruskan diri sendiri, masalah kesi-hatan sebelum ini telah menganggu suara, dan Ali tidak mahu ambil risiko tersebut.

“Mungkin ini masa terbaik untuk saya berehat dahulu, jika Allah izinkan saya memang rindu untuk menyanyi semula,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penerbitan Filem ‘Brother Gun’ di sini semalam.

Ali memberitahu, dia masih meneruskan rawa-tan di H0spital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur untuk proses pemulihan percakapan dan terapi lain.

Dalam nada sebak, Ali turut menitiskan air mata apabila bercerita mengenai pengo-rbanan isteri dan anak-anak yang menjaganya ketika sakit dan menjadi penguat semangat untuknya kembali pulih.

“Hidup mesti sentiasa tersenyum walaupun orang tak nampak kita sakit, men4ngis. Saya reda dengan takdir Allah, saya akan berusaha untuk pulihkan diri.

“Sepanjang sakit, isteri banyak memainkan peranan penting kerana dia sentiasa menyokong saya selain anak-anak dan rakan yang mendoakan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, pada 4 Mac lalu, Ali dikejarkan ke H0spital Ampang apabila secara tiba-tiba lemah ketika mahu makan selepas membuat latihan di studio milik pemain bass XPDC, Eddie dekat Pandan Indah dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kes-ukaran bernafas.

Terdahulu, penyanyi itu telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada 2 September tahun lalu akibat semput serta masa-lah jantung.

Sumber:HM