“Emak selamat di sana, cuma tak mampu jelmakan diri”

Kehilangan seorang warga emas, Painah Siwan, 79, yang masuk hari ketiga hari ini, masih menemui jalan buntu walaupun pelbagai usaha dibuat, termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa.

Painah gag-al dikesan selepas dikatakan ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang, Senggarang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang Rabu lalu.

Bagaimanapun menurut salah seorang anak mangsa, Sadiah, 42, anak ketiga daripada sembilan beradik berkata,pihak arif agama ada datang membantu dan memberitahu, ibunya selamat di alam ghaib, masih berada dia kawasan berhampiran cuma tidak mampu menjelmakan dirinya di dunia nyata.

“Emak nak balik, tapi tak mampu jelmakan diri di dunia nyata,” ulas Sadiah.

“Kami sekeluarga sudah solat hajat, semoga ada keajaiban dan emak pulang dalam keadaan selamat,” katanya menambah mereka reda dengan ketentuan Allah SWT.

Ketika ditemui hari ini, Sadiah berkata, keluarga berharap wanita itu pulang dalam keadaan selamat.

“Sekitar jam 3 petang hari kejadian, saya balik ke rumah selepas selesai kerja di luar dan sempat berbual dengan emak. Kira-kira sejam kemudian, selepas menguruskan diri dan berehat, saya sedar emak sudah tiada di rumah.

“Ketika itu saya hanya terfikir kemungkinan dia keluar ke kebun berhampiran. Hampir senja, emak tetap tidak balik lalu saya bersama adik keluar mencari di kebun berhampiran dan sekitar kawasan kampung,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sadiah berkata, kebiasaannya, ibunya ke kebun untuk mencari sisa daun kelapa sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.

Semalam, katanya, pihak berkuasa ada menemui kesan leraian sisa daun kelapa sawit yang dicarik-carik di sekitar kawasan pencarian, tetapi masih tidak berjaya menemui ibunya sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua P0lis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi, tetapi tetap gaga-l menemui mangsa.

“Khidmat unit anjing pengesan (K9) polis turut digunakan, selain bantuan bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta penduduk setempat. Hari ini, operasi mencari mangsa diperluaskan,” katanya.

Sumber:BH