Cukup utamakan yang wajib , Yasmin Hani pilih konsep sederhana pada hari bahagia

Umum sudah mengetahui pelakon dan selebriti popular, Yasmin Hani kini menjalinkan hubungan istimewa dengan dan pelakon Alif Hadi.

Walaupun sudah hampir setahun menjalin hubungan, Yasmin meng4kui dia dan kekasihnya itu masih belum berbincang soal perkahwinan.

Pasangan ini enggan terburu-buru memandangkan mereka pernah berdepan dengan keg4galan rumah tangga.

“Apapun, saya amat menghargai doa dan harapan peminat mahu melihat kami bersatu menerusi ikatan perkahwinan dengan segera.

“Membina masjid memang digalakkan dalam agama Islam. Tiada salah perkara baik dipercepatkan.

“Cuma, saya dan Alif belum berbincang dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan termasuk tarikh.

“Namun, jujurnya, kami mahukan yang terbaik untuk hubungan ini,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Alif pernah menyuarakan keinginannya untuk mempercepatkan hubungan ke arah fasa perkahwinan jika diizinkan Allah.

Ibu kepada Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong itu berkata, dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.

“Perkahwinan bukan soal perkongsian hidup sehari dua. Jadi, saya dan Alif harus buat pertimbangan banyak perkara.

“Tambahan saya sudah memiliki dua cahaya mata. Alif sendiri berusaha dengan baik bukan setakat mahu memenangi hati saya, malah, anak-anak juga,” katanya.

Ditanya impian perkahwinan, pelakon ini belum berani membayangkan dengan kata-kata.

“Sama ada nak perkahwinan ringkas atau sebaliknya, saya tak berani nak cakap lebih.

“Secara peribadi, berkahwin untuk kali kedua, konsep ringkas sudah memadai. Apabila keluar cerita rancangan perkahwinan daripada mulut Alif, sudah ada pula yang berharap diundang menghadiri majlis kami.

“Bukan tak nak jemput, macam saya tegaskan, belum ada tarikh yang ditetapkan. Kalau jadi ke arah ini, saya tak nak buat majlis besar-besaran dan membazir.

“Dahulu pun saya tak buat majlis besar-besaran,” katanya.

Tambah Yasmin lagi, dia tidak mahu membazir mengadakan majlis resepsi besar-besaran memandangkan ini perkahwinan keduanya.

Bercakap soal yang belum ada kepastian, katanya, apa sahaja boleh terjadi pada kemudian hari.

“Macam sekarang saya boleh kata tak mahu majlis besar-besaran. Namun, mana tahu jika ada rezeki lebih atau ada tajaan, mungkin lain pula jadinya.

“Bagi saya, pada usia sekarang buat majlis kecil-kecilan sudah menggembirakan. Cukup utamakan perkara wajib,” katanya.

Di hujung perbualan, Yasmin mengulas perubahan diri yang bahagia selepas mengenali Alif.

“Bahagia sangat subjektif. Alhamdulillah, bukan saya sahaja, semua orang juga mencuba untuk mengecapi dan mencari kebahagiaan.

“Cuma, soal bahagia atau tak, apa yang kelihatan pada mata kasar hanya permukaan. Hakikatnya, orang tidak tahu apa yang dirasakan dalam diri.

“Ada orang nampak tunjuk perkara manis sahaja. Namun, perkara sebaliknya tidak pula tunjuk.

“Namun, pilihan juga di tangan masing-masing,” katanya.

Alif dan Hani menjadi rapat selepas terbabit dengan penggambaran drama The Hotel, tahun lalu. Mereka dilihat saling berkongsi gambar mesra bersama anak-anak di laman Instagram.

Terdahulu, Yasmin pernah berkahwin dengan Sha’arin Mohd Razali pada 2011, sebelum bercerai dan mengumumkan perpisahan, tahun lalu.

Sementara Alif pula berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2018 selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga.

Sumber:BH