Penyanyi Ewan kini dirawat di ICU H0spital Sg Buloh

Penyanyi rock kumpulan Fair, Ewan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh(HSB) selepas menjalani pembed-ahan mengeluarkan darah beku dalam otak bahagian belakang kepalanya pada Ahad lalu.

Isteri Ewan, Zurayati Shabdin, 44, berkata, proses pembedahan memakan masa selama tujuh jam dan keadaan suaminya kini stabil di bawah pemantauan HSB.

Menurut Zurayati, kejadian berlaku apabila Ewan atau nama sebenarnya Indra Gunawan Basri, 48, pulang dari menjadi juri pertandingan karaoke di Stadium Kuala Selangor pada Sabtu lalu.

“Sebaik sampai Tanjung Karang di depan rumah emaknya, Ewan keluar kereta dan terlalu lemah hingga dipapah masuk ke rumah maknya.

“Suami kemudian dibawa masuk ke rumah, dibaringkan dan kemudian disapu minyak di bahagian tengkuk dan bahu.

“Dia tak boleh berdiri dan badannya juga terhoyong hayang. Kemudian peluh dingin banyak keluar sampai basah baju yang dia pakai,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Keadaan Ewan menjadi semakin teruk apabila seluruh badannya kejang, manakala matanya tidak nampak.

“Saya bersama adik ipar dan emaknya kemudian membawanya ke wad kecem-asan H0spital Tanjong Karang dan pemeriksaan doktor mendapati tekanan dar-ahnya tinggi 220/175 dan diberikan ubat.

“Suami kemudian diberi rehat namun tekanan da-rah masih tak elok, sekejap naik sekejap turun. Doktor buat keputusan bawa ke HSB untuk buat CT scan (ujian imbasan tomografi berkomputer).

“Kami tiba jam 12 malam dan d0ktor biarkan dia tidur kerana semasa dalam ambulans dia sudah tak respon apabila doktor panggil namanya. Oksigen pula makin menurun,” katanya.

Ujian CT scan yang dijalankan pada jam 2 pagi mendapati terdapat penda-rahan teruk di bahagian kepala Ewan.

“Kalau buat pembed-ahan, tempurung kepala dipotong bahagian belakang bagi keluarkan da-rah beku dan ada yang agak risikonya suami tak boleh bercakap, masalah saraf lumpuh seluruh badan serta pernafasan pun boleh jadi semput.

“Doktor tanya sama ada nak buat pembe-dahan atau biarkan saja kerana kalau tak dibe-dah, pendar-ahan ini akan jadi bengkak dalam kepala dan memang lumpuh sepenuh badan.

“Dia kena bernafas guna mesin pernafasan. Saya ambil keputusan buat pembedahan dan jam 6 pagi Ahad suami masuk bilik pembe-dahan dan selesai jam 11.45 pagi,” katanya.

Menurutnya sehingga kini bacaan dar-ah tinggi suaminya ialah 117-120/75 dan dianggap stabil.

“Petang ini doktor kata akan buat scan sekali lagi selepas bedah untuk tengok perkembangan suami sama ada da-rah dalam otak ada lagi atau makin baik,” katanya.

Zurayati berkata, selain menyanyi, suaminya bekerja sendiri menjadi deejay untuk majlis-majlis perkahwinan atau acara kecil-kecilan.

“Dia juga sering jadi juri jemputan kalau ada pertandingan karaoke atau band. Kalau tiada tawaran, dia kerja kedai makan jadi pembancuh air,” katanya.

Pasangan ini mempunyai empat anak iaitu Muhammad Alif Izhan, 18, Muhammad Afiq Syahmi, 15, Nur Qaseh Umaira, 11 tahun dan Nur Dhia Adira, 6 tahun.

 

Sumber:HM