Apa ilmu pemuda ni ada, sampai ternganga mulut ikan-ikan tu dengar dia bercerita!

TIdak dinafikan ramai antara kita yang sukakan haiwan kerana tertarik dengan telatah mereka yang membuatkan kita terhibur.

Malah, ada juga yang suka bercerita atau meluahkan perasaan dengan binatang peliharaan mereka sendiri, macam bercakap dengan kawan-kawan lagaknya! 

Baru-baru ini, tular satu video aksi seorang pemuda yang dilihat  bersama dengan sekumpulan ikan yang amat melucukan.

Video perkongsian daripada seorang pengguna di Indonesia itu dengan pantas menjadi tular bahkan turut viral di Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh nurindras, memaparkan pemuda tersebut berada berhampiran dengan sekumpulan ikan yang bersaiz agak besar di sebalik akuarium.

Apa yang menarik perhatian adalah dalam video berkenaan, ikan-ikan tersebut seakan-akan sedang mendengar penuh minat pemuda itu ‘bercerita’.

Malah mulut beberapa ekor ikan juga turut ternganga dengan pandangan mata penuh minat seakan-akan sedang melayan dengan asyik ‘cerita’ pemuda ini.

Antara komen-komen netizen:

Susah nak dapat member ‘pendengar setia’

Mana saya tahu,saya kan ikan.

Ada ilmu nabi Sulaiman ni”

 

Kredit:Arenagempak