Persis Zizan Razak dan Shukri Yahya, kerjaya seni pelakon Wanns Ahmad bermula sebagai penyanyi. Ini fakta menarik mengenai Wanns

KEBELAKANGAN ini, nama pelakon dan penyanyi Wanns Ahmad kerap menjadi bahan bualan netizen terutama selepas dia muncul menerusi beberapa drama rantaian popular, antaranya Jangan Menangis Cinta, Kerana Dia Isteri Bidaan dan yang terkini, Honey-Moon bersama pelakon Zara Zya dan Ben Amir.

Selain membawakan watak komedi yang mencuit hati sebagai Jiman Tungau dalam drama tersebut, antara faktor lain yang menarik perhatian peminat ialah kerana wajah Wanns Ahmad persis gabungan dua selebriti terkenal iaitu Zizan Razak dan Shukri Yahaya.

“Muka campur Syukri dan Zizan. “Cara bercakap memang sama seperti Zizan. Ada pertalian dar-ah ke dengan Zizan?” soal netizen.

 

 

 

 

 

“Kembar Shukri Yahya ke ni”

“Bila dia bercakap, kelakar macam Zizan”

Antara k0men para netizen.

Konklusinya, memang tak dinafikan jika dilihat sekali imbas memang Wanns seperti Shukri, dua kali tengok macam Zizan tetapi kali ketiga, memang Wanns Ahmad.

Tapi ramai tak tahu, sebenarnya penglibatan Wanns Ahmad dalam dunia seni bukanlah sebagai pelakon, tetapi sebagai penyanyi. Jom kita lihat Serba sedikit latarbelakang Wanns Ahmad.

1. Nama sebenar Wan Nursalam Wan Ahmad, juga dikenali sebagai Wanns Ahmad

2.Lahir 12 Oktober 1991 di Pasir Mas, Kelantan.

3.Mula dikenali menerusi single “Terus Mencintaimu” pada 2014.

4.Wanns pernah mengacarakan rancangan masakan Aroma Tradisi di TV3

5. Pernah mencuba nasib dalam ujibakat beberapa program realiti, namun gagal menempatkan diri ke pusingan seterusnya.

6. Pernah menjadi artis di bawah Pencil Pictures & Records milik penerbit, Ayu Puteh sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri.

7.Wanns juga pernah bekerja sebagai pekerja belakang tabir di sebuah syarikat penerbitan, selain bermula sebagai pelakon tambahan.

8. Nampak sahaja ceria, tetapi sebenarnya Wanns mempunyai astraf0bia sejak kecil iaitu ketakutan terhadap kilat atau petir yang mana beliau akan berhenti memandu atau sekiranya berada di luar bangunan, akan menyorok di bawah meja dan tempat tertutup.

 

 

 

Sumber: K! Online