Tamak harta hingga sanggup biar ibu kebuluran, anak derhaka ditemui m4ti berulat

Pepatah ada mengatakan “Syurga itu di telapak kaki ibu”.

Di Thailand, tindakan seorang anak yang saggup ‘membvnuh’ ibunya dalam senyap,
dengan membiarkan wanita tua itu kebuluran demi membolot harta akhirnya ‘memakan diri sendiri’ apabila dia ditemui m4ti dalam keadaan berulat dipercayai meniggal dunia akibat peyakit tibi, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pegawai polis dari Balai Polis Satuek dihubungi kelmarin untuk menyi-asat keadaan sebuah rumah di daerah Satuek, wilayah Buriram selepas seorang jiran melaporkan mengenai kem4tian lelaki berkenaan.

Sejurus tiba, polis menemui mayat Thongdee Salangam, 57, dalam keadaan berulat terbaring di atas sebuah katil kayu.

Berdasarkan keadaan m4yat yang sudah dimakan ulat dan berbau busuk, p0lis tidak men0lak kemungkinan Thongdee sudah m4ti lebih empat hari.

Ibu lelaki tersebut yang berusia 82 tahun, Nuan Salangam dalam masa sama, ditemui terbaring di atas katil, berhampiran mayat anaknya.

 

Warga emas yang uzur itu berkata, dia tidak menyedari bahawa anaknya telah meniggal dunia.

Tambahnya, dia kelaparan kerana tidak makan dan minum selama tiga hingga empat hari.

Menurut Nuan, dia telah terbaring di atas katil selama 10 tahun. Dia juga layak menerima beberapa subsidi negara untuk warga emas kurang upaya, namun Thongdee menc-uri wang diperoleh itu untuk membeli arak.

Dia juga mengaku berasa seperti anaknya itu sengaja mahu membiarkannya m4ti kebuluran supaya boleh menjual rumah, tanah dan semua harta miliknya.

“Thongdee makan di hadapan saya. Saya merayu kepadanya untuk memberi makanan, namun dia enggan memberikan apa-apa sehingga saya terpaksa minum air paip.

“Dia juga sering mem-ukul saya setiap kali mabuk. Saya pun tidak pasti bagaimana saya boleh terselamat sehingga kini.

“Saya tidak mempunyai sesiapa, tiada bekalan elektrik di sini dan tiada sesiapa mahu menjaga saya,” kata Nuan.

Sementara itu, seorang jiran mereka, Danita Trate-theaway berkata, dia mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di rumah tersebut dan telah melap0rkan perkara itu kepada polis sebelum ini.

Menurutnya, polis ada melakukan sia-satan, namun tidak menemui sebarang bukti bagi menges6ahkan laporan tersebut.

Tambahnya, Nuan tetap menyayangi anaknya namun tiada sesiapa mahu melawatnya kerana berasa t4kut terhadap Thongdee selain bimbang dijagkiti peyakit tibi. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:BH