Boleh dikatakan nama Datuk Adi Putra kembali menjadi sebutan selepas filem Mat Kilau lakonannya mendapat sambutan yang begitu hangat.
Dan seperti biasa lah, apabila sudah kembali menjadi perhatian, segala yang dibuat akan dinilai oleh peminat.
Yang terkini, tular di media s0sial, sebuah video mengaji oleh pelakon itu menjadi pertikaian netizen.
Dalam video tersebut, Adi mengalunkan bacaan surah Ar-Rahman dengan tarannum Rast.
Memang sejuk hati mendengar bacaan ‘Mat Kilau’ kegilaan ramai itu. Seperti biasa, ribuan pujian diberikan kepadanya.
“Masya-Allah, bacaannya tepat dan mantap. Tahniah,” puji netizen.
“Macam qari dalam pertandingan bacaan al-Quran,” kata seorang lagi netizen dalam YouTube.
Tetapi di sebalik lambakan kata-kata positif, terselit juga k0men mempertikai bacaan Adi sehingga ada yang mend-akwa suara dalam video tersebut palsu.
Bagi mereka, bacaan tersebut terlalu sempurna dan tidak mungkin dialunkan oleh seorang selebriti.
“Bukan suara Adi. Rasa-rasanya miming (meniru) saja, cuba dengar semasa dia mengaji dengan Ustaz Fakhrul, lain sangat,” selar seorang netizen.
Hmm..terpulanglah hendak percaya atau tidak sebab mereka yang mahir dalam bidang ini juga sudah menges4hkan ketulenan video tersebut.
Takkanlah hanya kerana gelaran selebriti yang dibawa, maka kebolehan mengaji pun terbatas. Ye tak? Tepuk dada tanya iman.
Sumber:K! Online