Cara mudah hafal surah Al-Kahfi ayat 1-10

Baru-baru ini berita keringnya Sungai Furat sehingga menampakkan binaan di dalamnya meresahkan umat Islam.

Masakan tidak, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda “Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas.

Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbun-uh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’. (Hadis Riwayat Muslim)

Maka jelas sekali, apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah sebagai peringatan kepada umat Islam khusunya untuk lebih bersedia dengan segala kemungkinan dan sentiasa meningkatkan amal soleh terutama pada zaman yang penuh fitnah ini.

Benar , tiada siapa yang mengetahui bilakah sebenarnya akan terjadi kiamat, tetapi sebagai umat Islam kita wajib percaya ia nya pasti dan terjadi.

Maha Besar Allah Yang Maha Penyayang, Dia tidak sesekali membiarkan hambaNya begitu sahaja tanpa membuat sebarang persediaan menghadapi akhir zaman.

Melalui Rasulullah SAW, Baginda telah mengingatkan umatnya untuk menghafal ayat 1-10 surah Al-kahfi, sebagai senj4ta agar terpelihara dari fitnah Dajjal di akhir zaman.

Maka amatlah rugi sekiranya kita umat Islam tidak memanfaatkan peluang yang ada kerana ‘tips’ menghadapi Dajjal telah diberitahu baginda Nabi beribu tahun dahulu.

Berikut ialah cara yang boleh dilakukan agar dapat menghafal surah Al Kahfi dengan lebih mudah.

Ia dikongsikan oleh saudara Arif Afifi Mohamad Sukri, seorang mahasiswa lulusan Jurusan Tafsir Hadis Di Jambi, Indonesia.

Semoga ia bermanfaat untuk anda dalam meniti kehidupan di bumi yang semakin usang ini

1. Niat jelas – Niatkan di dalam hati tujuan kita baca dan hafal surah ni kerana Allah agar terpelihara dari fitnah dajal.

2. Jangan mulakan dengan terus menghafal, tetapi mulakanlah dengan membaca dan memahami dahulu makna setiap ayat. Baru senang nak feel. Senang kata, bila kita faham makna ayat, lagi mudah untuk menghafal. Lagi manis jika dibaca dengan tajwid yang betul

3. Cuba lazimi surah itu setiap hari. Terutama pada malam jumaat untuk baca al-Kahfi. Bila bibir selalu sebut perkataan-perkataan dalam tu, ia akan memudahkan.

4. Rajin-rajinlah mendeengar rakaman Surah Al-Kahfi sebelum tidur, ke tempat kerja, ketika masak, berjoging atau bila2 waktu senggang dan perlahan-lahan cuba ikut baca.

5. Mulakan hafalan dari lembar by word. Ulang satu ayat ke satu ayat kurang-kurang 20 kali. Cuba ingatkan ayat-ayat tersebut.

6. Bila lancar ayat pertama, pindah ke ayat kedua. Kemudian ulang balik ayat pertama hingga ke dua. Begitulah seterusnya.

7. Cari suasana yang membantu. Target sehari 15 minit sudah cukup untuk mengulang. Tak perlu lama-lama. Selepas solat maghrib misalnya. Cuba hold, pause apa sahaja program masa tu selama 15 minit, demi bagi kesempatan pada hafalan kita.

Biar sekejap masa diambil, asalkan berkualiti dan kita fokus.

Semoga berjaya!

Sumber:The Vocket