Pembed4han jantung ibu diberhentikan seketika, 48 jam yang kritikal buat Remy Ishak

Aktor Remy Ishak memohon doa orang ramai buat ibunya Basrah Md Deris yang sedang bertaru,-ng nyawa menjalani pembeda-han jantung di H0spital Serdang.

Remy atau nama penuhnya, Mohammad Zalimie Ishak memaklumkan pembed-ahan yang memakan masa 10 hingga 12 jam itu diberhentikan seketika dan disambung semula selepas tempoh 48 jam.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Ibu saya Basrah binti Md Dris kini sedang bertar-ung nyawa di CICU Hospital Serdang untuk pembed-ahan jantung.

“Setelah 10 hingga 12 jam di dalam bilik pembedahan, operasi diberhentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48jam,” tulisnya.

Menerusi paparan video yang dimuat naik, Remy berharap ikhtiarnya bersama adik-beradik itu dapat memberikan kesembuhan buat ibunya.

 

Tambah Remy, masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum dicurahkan buat ibu kesayangannya itu.

“Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada Qada dan Qadar, Saya percaya pada hari akhirat, saya percaya Syurga dan Neraka Allah. Namun apa yg saya dan adik beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar.

“Masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami.

“Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik beradik supaya kami boleh bersama-sama semula dengan ibu kami,” tulisnya.

 

 

 

Sumber:BH