6 tahun berlalu, Anuar masih f0bia pijak tanah

Peristiwa kehilagan seorang pemuda, Muhamad Anuar Elias yang ketika itu berusia 33 tahun pada 6 tahun lepas pernah mendapat liputan luas media.

Anuar hilang selama 13 hari dan ditemui dalam keadaan merangkak oleh rakannya.

Namun siapa menjagka walaupun perkara itu telah lama berlaku, Anuar masih tr4uma dan tidak berani keluar rumah hingga ke hari ini apatah lagi untuk memijak tanah walaupun di halaman rumah.

Menurut Anuar yang berasal dari Kampung Losong Dato Amar,Kuala Terengganu,masanya dihabiskan di dalam rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti secara sendirian.

Ujar Anuar, kehilangannya selama 13 hari iaitu pada 27 November dan ditemukan semula pada 8 Disember 2016 di tebing Sungai Terengganu membuatkan dia masih tr4uma.

“Saya rindu untuk kembali bekerja namun apabila teringat mengenai kejadian itu, hati saya jadi tak kuat untuk turun dari rumah.

“Entahlah, nak bagi tahu pun susah, mungkin mulut orang senang untuk mengatakan turun saja ke tanah namun mereka tidak melalui apa yang saya lalui.

 

“Berat kaki untuk turun, itu saja yang boleh saya bagi tahu dan paling jauh pun hanya di beranda bahagian tangga, itu pun nak angkat tong gas yang dihantar pekedai,” katanya yang dahulunya bekerja sebagai tukang rumah.

Menurutnya, dia akvi tiada gangguan mistik namun kebimbangan melampau mungkin membuatnya masih fobia untuk memijak tanah selepas kejadian itu.

Katanya, sampai masa nanti dia pasti akan turun dari rumahnya dan memijak tanah seperti dulu namun buat masa ini dia memerlukan ruang untuk menguatkan dirinya.

“Rakan-rakan ada datang ke rumah namun kami hanya berbual di dalam rumah dan mereka memahami permas-alahan yang saya hadapi ini.

“Saya pula hanya mengikuti perkembangan semasa melalui media s0sial dan televisyen,” katanya.

Diaju soalan mengenai misteri kehilangannya Muhamad Anuar berkata, mulanya dia terdengar suara memanggil namanya dan sebaik dia berjalan ke arah sebatang pokok, dia kemudian melihat cahaya berkelip-kelip.

Menurutnya, selepas itu fikirannya di awang-awangan namun dia kembali sedar apabila terdengar suara orang memanggil namanya.seseorang

“Mak bagi tahu saya hilang 13 hari namun dalam tempoh itu saya rasa hanya seperti sehari saja,” katanya.

Ibunya, Asiah Noh, 59, berkata, dia sentiasa memberi kata semangat dan dorongan kepada anaknya supaya turun dari rumah dan menjalankan aktiviti harian seperti dulu.

“Saya suruh Anuar, pergi ke kedai makan bertemu rakan-rakannya namun Anuar men0lak suruhan itu dengan baik kerana belum bersedia.

“Naluri seorang ibu kuat mengatakan tiba masanya anak saya akan turun dari rumah ini dan memijak tanah serta menjalankan kehidupan seperti biasa.

“Mungkin kejadian yang menimpa anak saya itu meniggalkan kesan ke atas emosinya kerana saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku sepanjang 13 hari kehilangannya,” katanya yang bekerja sebagai kakitangan pembersihan di sebuah sekolah berhampiran rumahnya.

Asiah berkata, selepas Anuar ditemui dia turut berikhtiar dengan mendapatkan rawa-tan tradisional namun hanya beberapa ketika kerana anaknya tidak mengalami gagguan membabitkan perkara mistik.

Dia berkata, dia sentiasa berdoa supaya anaknya dapat kembali menjalani kehidupan yang nyata seperti dulu iaitu dapat bekerja dan meneruskan kehidupan seperti rakan sebaya.

Sumber:HM