Hampir 20 tahun pendam cerita, Nazrey dedah punca tinggalkan Raihan di zaman kemuncak

Tidak dapat dinafikan kemunculan kumpulan nasyid Raihan bagaikan satu fenomena.

Bukan sahaja mencipta nama di Malaysia, kumpulan nasyid ini juga melakar kejayaan sehigga ke peringkat antarabangsa.

Muzik nasyid Raihan mengembara ke segenap pelosok dunia. Antara negara yang berjaya ditembusi Kanada, Australia, Rusia, Perancis, England, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan masih belum ada mana-mana penggiat seni di Malaysia yang mampu menandingi kejayaan diraih Raihan ketika era kegemilangannya dahulu.

Namun di saat Raihan berada pada kemuncak kejayaannya sekitar tahun 2006, vokalis utama, Nazrey Johani, membuat kejvtan dengan melangkah keluar daripada kumpulan berkenaan.

Peristiwa itu menimbulkan tanda tanya. Peminat mula berteka teki kerana Nazrey meniggalkan Raihan secara tiba-tiba tanpa sebarang cerita kurang enak yang kedengaran di kalangan mereka.

Malah yang lebih megejutkan, selepas keluar dari Raihan, Nazrey terus ‘hilang’ dari radar seni. Sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini, Nazrey kembali aktif, mewarnai persada nasyid tempatan.

Kini setelah 16 tahun perkara itu berlalu, portal media Utusan Malaysia berjaya memb0ngkar r4hsia penarikan diri Nazrey secara tiba-tiba daripada kumpulan nasyid yang cukup disegani itu.

Jelas Nazrey, tidak lain tidak bukan tujuan utama dia meniggalkan Raihan demi meneruskan kerja dakwah di negeri kelahirannya di Sabah. Dia terpanggil selepas menerima ajakan sahabat-sahabat di sana yang memerlukan pertolongannya.

“Pada 1 Januari 2006, Allah beri keinginan kepada saya untuk pulang ke Sabah, bina madrasah dan jalankan program dakwah. Saya diminta sahabat-sahabat di sana bantu mereka. Jadi, saya pergi selama 20 hari.

“Bila ada meminta bantuan, saya lupakan kesibukan bersama Raihan. Ketika itu adalah kemuncak Raihan. Terima antara empat hingga lima undangan buat persembahan dalam seminggu. Saya pergi 20 hari. Bayangkan, secara tiba-tiba, sukarnya Raihan membuat persembahan tanpa saya.

“Saya, melihat kesus-ahan penduduk Sabah yang jauh ketiggalan dari sudut agama. Saya tak boleh tiggalkan,” terangnya.

Ceritanya lagi, keputusan untuk menetap di Sabah dan meneruskan kerja dakwah diambil selepas kesedarannya timbul tentang tanggungjawab itu.

“Setelah 20 hari, lepas waktu Asar, saya duduk diam dan termenung, mengenangkan esoknya perlu kembali semula ke Semenanjung.

“Pada masa itulah saya terdengar bisikan, masuk ke telinga turun ke hati. Nazrey, teruskan kerja dakwahmu. Tapi ingat, yakinlah dengan rezekiku. Ini benar-benar berlaku.

Jadi saya sahaja yang faham. Teruskan kerja dakwah bermaksud saya perlu terus berada di Sabah dan teruskan perjuangan dakwah di sana, tinggalkan segala dikecapi bersama Raihan,” katanya lagi.

 

Keputusan Nazrey keluar dari Raihan meningalkan impak yang amat besar. Selain menimbulkan kem-arahan beberapa pihak, malah orang mula beranggapan negatif pada dirinya.

“Orang fikir, saya berhenti Raihan dan jadi kaya. Itu tidak benar. Hidup saya su-sah. Dalam kebimbangan dan susah hati. Memikirkan bagaimana untuk meneruskan hidup. Sedangkan kerja dakwah bukan buat duit, sebaliknya cari duit beri kepada orang.

Saya buat perkara yang orang tak bayar. Isi minyak kereta, makan semua pakai duit sendiri. Sampai di kampung-kampung, tak tahu nak tidur di mana. Saya buat benda susah demi orang Sabah. Tapi orang tak nampak. Tak semua faham perkara itu,” jelasnya.

Kata anak kelahiran Ranau, Sabah ini, kehadiran kembali dirinya ke dalam dunia nasyid tempatan adalah demi satu matlamat, iaitu mengumpul dana membangunkan semula madrasah di Ranau yang mus-nah akibat benc4na.

“Enam tahun menguruskan operasi madrasah, saya jarang menerima permintaan untuk membuat persembahan atau menghadiri sebarang program.

“Sekarang musib4h melanda madrasah kami, rvntuh akibat pergerakan tanah. Justeru, operasi terpaksa dihentikan.

“Sekarang, saya kerap berulang alik dari Sabah ke Kuala Lumpur. Menjemput rezeki di sini. Mencari dana untuk bina semula madrasah itu. Bila berada di sini, senang untuk terima undangan buat persembahan,” katanya.

Kisah kegigihan Nazrey dalam merealisasikan pembinaan madrasah berkenaan pernah tvlar satu ketika dahulu. Dia membuat persembahan di pasar malam dan pasar tani demi mengumpul dana membina madrasah tersebut.

Kata Nazrey, dia berlapang dada dan menerima mus1bah yang melanda sebagai ketentuan dari Allah SWT.

Justeru, dia tidak menyimpan sekelumit perasaan sedih, malah bersangka baik dengan apa berlaku.

“Dah buat madrasah, kemudian ia run.tuh. Saya tak rasa sedih. Tetapi, sebagai manusia, memang ada rasa terkejut. Sebab itu, saya tidak menceritakan apa yang berlaku.

“Saya banyak berfikir tentang kehendak Allah. Dalam ujian ini, saya banyak berdiam. Untuk bersangka baik, kena letak setinggi-tinggi keyakinan dalam hati bahawa Allah itu Maha baik.

“Kemudian Allah takdirkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) panggil saya buat persembahan. Saya yang sebelum itu banyak men0lak jemputan, menerima demi mengumpul dana membangunkan semula madrasah itu,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah dia sudi kembali berkolaborasi bersama Raihan, Nazrey menjelaskan,

“Demi dakwah, peminat. Saya mahu bekerjasama dengan Raihan. Atas keperluan umat. Saya tahu, mereka yang membesar dengan lagu-lagu Raihan semestinya mahu melihat kami bersama sekali lagi.

“Dari awal lagi, saya bersama Raihan atas kerja dan perjuangan. Tidak sesekali untuk mengejar populariti dan kekayaan. Ini juga tugas dakwah. Kalau nak buat konsert besar atau album, tak ada masalah untuk saya bergabung.

“Apakan daya, lillahitaala. sejujurnya, masih susah bagi mereka untuk bekerjasama dengan saya. Kalau ditanyakan kepada mereka, jawapannya tidak ada masa-lah. Tapi mana kerjasama itu? Untuk kepentingan umat, untuk mengajak orang ingat dan sayang Allah, saya tidak melihat ia mustahil,” kongsinya.

Dalam pada itu, Nazrey lega apabila peminat Raihan faham dengan situasi yang berlaku kepada kumpulan tersebut. Jika ditentukan tiada ruang untuk bersama Raihan sekalipun, dia tetap gembira melihat kedua-dua pihak masih berjuang demi muzik nasyid.

“Mudah-mudahan, ada satu hari yang menyatukan kami. Dapat mengutarakan semula suara Raihan, seperti zaman kegemilangan dahulu. Saya sendiri berharap begitu. Demi agama, dakwah. Elok dibuat,” katanya.

“Nak dapat apa yang Raihan dapat pada era kegemilangannya dahulu cukup susah. Rahsianya satu, buat kerana Allah. Niat memartabatkan lagu-lagu yang memuji-Nya. Mengangkat hiburan Islam yang mengagungkan nama Allah. Bukan kerana lain.

“Kami dari awal puas fikirkan. Bila jadi artis, keadaan bakal ditempuhi adalah sukar. Akan berjumpa dengan macam-macam orang. Bukan mudah kami nak bercampur dengan golongan artis. Seperti minyak dan air.

“Niat adalah kekuatan. Kami keluar dari satu tempat, pandangan dijaga daripada ma-ksiat, percakapan terjaga daripada bercakap yang sia-sia. Kami manusia, tak sempurna. Tapi kami berbeza. Ini rahsianya, kesucian niat,” katanya.

Nazrey juga memberitahu kalimah syahadah yang menjadi kandungan dalam lirik lagu puji-pujian menjadi satu kekuatan luar biasa buat lagu tersebut.

“Rahsia kalimah Ashadualla Ilahailallah Wa Ashadu Annamuham­madarras­ulullah ada kekuatan luar biasa.

“Ketika menyanyikannya, bukankah kita sedang melafazkan syahadah, memperbaharui dan menyucikan diri? Lebih 10 tahun tinggalkan Raihan. Baru saya sedari tentang rahsia-rahsia ini,” ujarnya.

 

 

Sumber:UM