Samy Vellu sudah tiada

Bekas presiden MIC dan menteri kabinet S Samy Vellu meniggal dunia pada usia 86 tahun.

Demikian menurut bekas menteri kesi-hatan Dr S Subramaniam, yang juga bekas presiden MIC, dalam hantaran Facebook pagi ini.

“Dengan rasa sed1h dan pilu saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu mantan presiden MIC dan menteri legenda dalam kabinet Malaysia daripada anaknya DS Velpari.

“Bagi kebanyakan kami, dia adalah mentor utama.

“Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami,” kata Subramaniam.

Dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai kem4tian Samy, tetapi difahamkan pesara ahli politik itu meniggal dunia pagi ini di kediamannya di Kuala Lumpur.

Samy Vellu, merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 dan berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya dari 1983 hingga 1989 dan sekali lagi dari 1995 hingga 2008.

Beliau adalah Presiden MIC paling lama berkhidmat selepas memegang jawatan itu selama 31 tahun dari 1979.

Sumber:Mkini