Kubur wanita hamil dalam masjid saksi kez4liman k0munis

Sebuah kubur wanita sarat mengandung yang menjadi mercu tanda sejarah di Masjid Razaleigh di Bandar Lama Gua Musang Kelantan wajar dipelihara untuk tatapan generasi akan datang sebagai saksi kez4liman pihak komunis.

Kubur wanita malag itu yang dikenali sebagai Nik Mah Nik Soh yang berusia dalam lingkungan 20-an, m4ti dibunuh dengan kej-am ketika zaman komunis, terletak di tengah-tengah masjid mukim itu.

Imam Muda Masjid Razaleigh, Mohd. Saifuldin Mohamad, 40, berkata, kubur yang terletak di masjid itu harus kekal menjadi bahan tinggalan sejarah buat generasi muda.

“Pada asalnya kubur tersebut terletak di luar masjid namun, selepas masjid baharu dibina kira-kira 50 tahun lalu menyebabkan ia berada dalam kawasan masjid.

“Dahulu kubur ini dipagar dengan besi dan dapat dilihat secara jelas, atas saranan seorang mufti, kubur ini ditutup dengan kotak kayu supaya tidak menganggu tumpuan jemaah yang singgah bersolat,” katanya ketika ditemui di sini.

 

 

Mohd. Saifuldin yang bertugas di masjid itu sejak 17 tahun lalu memberitahu, ahli keluarga Nik Mah tidak pernah datang untuk menuntut atau mengalihkan kubur berkenaan ke kawasan lain.

Masjid Razaleigh yang terletak di tengah-tengah kawasan pekan Bandar Lama merupakan masjid terawal dibina di Gua Musang dan pernah dijadikan masjid bandar.

Mengikut sejarah tempatan, serngan k0munis berlaku di Gua Musang pada 17 Julai 1948.

Nik Mah bersama anak dalam kandungannya dipercayai berusia lapan bulan, dibun-uh bersama 25 lagi orang Melayu yang terperangkap sewaktu berselindung dalam l0ngkang berhampiran masjid itu.

 

 

 

 

 

Sumber:UM