Penyanyi popular 80an Dayangku Intan perjelas isu bela anjing, nafi hidup susah

Penyanyi yang cukup terkenal pada era 1980-an, Dayangku Intan meng4kui hidupnya kini lebih tenang setelah memilih untuk hidup di kampung.

Ujar penyanyi yang popular dengan rangkaian lagu hit antaranya Semakin Rindu Semakin Sayang, Berpaut Di Dahan Cinta dan Kita Insan Biasa, masa untuk berlumba-lumba mengejar kemewahan duniawi sudah lama berlalu.

Namun, sesekali, andai ada tawaran nyanyian yang dianggap berbaloi, Dayangku Intan,56, tidak akan menolak kerana bidang nyanyian masih menjadi minat utamanya.

“Saya seronok di rumah dengan keadaan sekeliling yang dihiasi flora dan fauna.

“Saya gemar bercucuk tanam, bagi saya hidup di bandar penuh dengan kepura-puraan hingga kita tidak tahu apa yang betul dan apa yang tipu.

“Walaupun tiada teman di sini, namun, kehidupan saya lebih tenang dan relaks.

“Saya berkawan dengan binatang. Jika nampak burung, saya akan bercakap dengan burung.

“Biarpun binatang tidak boleh berkata-kata, mereka seakan-akan faham apabila kita bercakap dengannya,” katanya lagi.

Ditanya tidakkah bimbang kesel.amatan diri dan keluarga lantaran tinggal dalam hutan yang terded.ah kepada anc4man binatang bu4s, Dayangku Intan mengaku sudah biasa.

Akuinya, sesekali kawasan kediamannya menjadi tempat persinggahan kucing hutan, ular dan beberapa haiwan liar lain.

“Saya bela beberapa ekor anjing untuk menjaga kawasan rumah kami.

“Anjing adalah haiwan yang sangat bijak. Jika merasakan tuannya tera.ncam, anjing peliharaan saya akan melindungi kami.

“Sebenarnya, kami bela anjing lebih kepada untuk melindungi keluarga daripada anca.man manusia.

“Rumah kami pernah dimasuki orang, suatu ketika dahulu. Daripada mengupah orang untuk menjaga rumah, lebih baik bela anjing kerana mereka lebih bagus.

“Soal anca.man daripada binatang liar, ia tidak begitu membimbangkan. Haiwan liar tidak akan kacau jika kita tidak mengusiknya,” katanya yang memilih lokasi pinggir hutan di Pantai, Negeri Sembilan sebagai kediamannya sekarang.

Dalam isu pelihara anjing yang menjadi perdebatan dalam laman s0sial,penyanyi veteran ini dilihat menanganinya dengan cukup profesional,tidak melatah dengan kec4man netizen.

Dayangku Intan yang pernah terbabit dalam dunia p0litik berpendapat tidak perlu tersinggug dengan polemik dicetuskan.

Baginya, pihak yang menge.cam tindakannya itu tidak faham dengan hukum membela anjing bagi menjaga rumah dan ladang.

“Saya tidak perlu melatah kerana orang yang memberi komen mungkin tidak faham, tetapi dia rasa faham.

“Bagi saya, apabila kita ingin mengajar orang, kita kena tahu apa yang diajar.

“Saya kena beritahu bahawa ada sebab kenapa saya bela anjing. Saya bela anjing bukan untuk dijadikan haiwan peliharaan yang boleh dibawa naik katil dan sebagainya.

“Saya pernah membela sembilan ekor kucing. Tetapi saya tidak mencium pun kucing-kucing saya.

“Jadi takkanlah saya akan mencium anjing pula. Saya bela anjing untuk menjaga rumah kerana anjing adalah haiwan cerdik,” katanya.

Berkenaan isu tayar terpakai yang dikumpul hingga disangka hidup susah apabila terpaksa mencari barang buangan sebagai sumber pendapatan, Dayangku Intan ada alasan mengapa ia dilakukan.

Ibu kepada empat cahaya mata itu menjelaskan, dia menggunakan tayar terpakai untuk dijadikan benteng bagi mengelak tanah di laluan masuk ke rumahnya runtuh akibat hujan.

Dayangku Intan berkata, setiap kali hujan, laluan ke rumahnya akan menjadi seperti sungai berikutan air naik dengan deras.

Tambahnya, sudah banyak kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, namun, malangnya, sehingga hari ini masih tiada tindakan diambil.

“Setiap kali musim hujan, saya dan keluarga menumpang di rumah kakak di Kuala Lumpur kerana bimbang kese.lamatan kami sekeluarga.

“Sepatutnya ada bantuan kerana jalan itu milik kerajaan. Namun, biarpun aduan demi aduan dibuat, tiada tindakan diambil.

“Jadi, saya terpaksa ambil inisiatif sendiri dengan menggunakan tayar sebagai benteng. Saya pernah lihat seorang individu melakukan perkara serupa. Kaedah itu berhasil bagi mengelak tanah run.tuh.

“Namun, apabila saya minta bantuan, ada yang salah faham menyangka saya hidup susah.

 

 

“Tidak, saya bukan susah sampai tidak makan, cuma saya minta kerajaan bantu betulkan jalan dan longkang rosak, itu sahaja.

“Saya sudah berhabis banyak untuk membaiki jalan berkenaan,” katanya.

Mengenai karier seni, Dayangku Intan banyak memanfaatkan platform seperti Instagram (IG), YouTube dan Facebook (FB) untuk berkongsi kisah hidupnya.

Selain itu, melalui saluran Suara Hati Dayangku Intan, dia berkongsi pelbagai pengalaman buat tatapan peminat.

“Dalam keadaan dunia yang semakin bergerak pantas, saya perlu guna peluang di platform yang ada untuk mengetengahkan diri dan kerjaya seni.

“Namun, saya tidak guna platform terbabit untuk tujuan merepek. Sebaliknya, saya paparkan kisah kehidupan hari-hari.

“Saya lebih selesa bekerja dengan anak-anak, merekalah yang menjadi pencetus idea untuk mewujudkan saluran YouTube sendiri.

“Selain perkongsian mengenai pengalaman hidup, sesekali saya undang rakan-rakan untuk mengimbau kembali perjalanan seni kami.

“Saya juga ada podcast dan program masakan sendiri. Insya-Allah, saya bercadang untuk membuat persembahan dalam talian.

“Pendek kata, apa saja platform yang ada saya gunakan,” katanya.

Dayangku Intan berkata, anaknya bertindak sebagai komposer lagunya. Kira-kira lima bulan lalu, beliau meluncurkan single berjudul Rintihan Pengorbanan.

Dayangku Intan menerima banyak undangan membuat persembahan, namun, beliau lebih selektif dengan memenuhi tawaran yang dirasakan berbaloi daripada pihak yang menghargai bakatnya.

“Saya terima banyak undangan, namun, saya pilih. Jika bayaran sekadar RM2,000 hingga RM3,000, saya tidak ambil.

“Maaf, saya bukan berlagak tetapi saya tahu nilai diri sendiri.

“Sebenarnya, saya tidak kisah menyanyi percuma. Namun, saya akan tengok siapa pihak yang meminta dan bagaimana mereka menilai bakat saya sebagai penyanyi.

“Kadang-kala se,dih lihat orang tidak hargai karya seni orang lama, pada masa sama, artis yang popular dalam media sosial boleh dibayar puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

“Sebab itulah, saya terima undangan pihak yang benar-benar hargai bakat saya,” katanya.

 

 

Sumber:BH