Tiada respon positif dari Hisham Ahmad Tajuddin

Keadaan terkini kesihatan pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajuddin, 76, yang dir4wat di Wad Kebergantungan Tinggi (HDW), H0spital Shah Alam (HSA) masih lagi tidak menunjukkan perkembangan positif.

Anaknya, Aqeela Mohd Hisham, 26, berkata, keadaan bapanya masih sama dan doktor juga masih lagi menidurkannya.

Menurut Aqeela, doktor memaklumkan jika kurangkan ubat tidur, nampak pernafasan bapanya tidak cantik.

“Keadaan abah masih lagi sama, doktor masih tidurkan dia. Abah pun sekarang memang bergantung sepenuhnya dengan ventilator (alat bantuan pernafasan).

“Doktor juga masih nak terus pantau kuman yang ada dalam badan abah dulu. Jadi, doktor kata biarkan abah rehat, tapi kena ambil masa. Apapun, harapan kami sekeluarga semoga abah kuat untuk bertahan,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Menurut p0rtal Harian Metro sebelum ini Hisham berada dalam keadaan kritikal akibat jagkitan kuman pada paru-paru selepas mengalami batuk ter.uk selama seminggu.

Hisham yang menerima raw.atan di HSA sejak 29 September lalu sebelum ini diberikan dos antibiotik yang lebih kuat oleh doktor untuk membun.uh kuman-kuman yang menyerang dalam badannya pada 2 Oktober lalu.

 

Hisham adalah pelakon yang aktif dalam arena drama dan filem tanah air sekitar 1980-an lalu.

Antara karya lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah.

Namun, dia yang juga pesara kerajaan kini banyak menghabiskan waktu berehat di rumah bersama keluarga kerana faktor usia serta penjagaan kesihatan kerana menghidap peyakit diabetes (kencing manis) serta dar4h tinggi.

 

 

 

Sumber:HM