Bella Astillah dedah terima banyak DM ,wanita alami nasib seperti ‘Nuha’ , ini pula respon Zamarul

Drama rantaian yang sedang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat drama Melayu, Aku Tanpa Cintamu lakonan hebat dari Zamarul Hisham dan Bella Astillah telah membongkar banyak kisah mengenai isu keg4nasan rumahtangga.

Bella Astillah mendedahkan bahawa ramai wanita yang mengalami nasib yang sama malah lebih teruk daripada watak Nuha yang dibawanya dalam drama yang sedang menjadi bualan hangat penonton ketika ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Bella menerusi sesi siaran langsung dia bersama Zamarul Hisham di TikTok dan memaklumkan bahawa dia menerima banyak mesej langsung (Direct Message) daripada individu yang berhadapan mas4lah sama seperti Nuha.

“Sebenarnya, in real life pun ada kawan-kawan Bella yang melalui benda yang sama sebab itu Bella pun tanya diorang… sebab it is not easy untuk keluar daripada sesebuah hubungan tu especially kalau pilihan sendiri.

“Lepas tu, tahu tak abang, Bella dapat banyak sangat DM yang macam orang siap hantar gambar macam mana dia kena pukul… jadi macam rasa takut sangat, jadi macam betul la Nuha (watak drama) tu sebenarnya baru sikit, ada orang yang lebih teruk,” kongsi Bella.

Menerusi rakaman video perkongsian oleh pemilik akaun @nadiaa_naddd di TikTok, Bella turut mendedahkan bahawa rakannya sendiri berhadapan dengan mas5lah suami bersikap panas baran dan kaki pukul sehingga mematahkan jari.

“Ada kawan saya sendiri, jari dia patah… husband dia bagi patah jari dia.

“Saya teman dia pergi balai polis semua, jadi sebenarnya ada orang lalui benda yang lebih teruk lah,” kata Bella.


Dalam pada itu, ketika sesi siaran langsung, Zamarul sempat menjelaskan bahawa skrip bagi drama Aku Tanpa Cintamu itu telah melalui proses penapisan dan banyak babak yang telah diubah bagi melembutkan jalan cerita.

“Tapi cerita tu guys, cerita tu dah banyak lembutkan… kita dah banyak ubah, kita dah banyak lembutkan. Kalau tidak dia jadi lebih stress tau,” jelas Zamarul.

Menjengah di ruangan k0men, rata-rata warganet memuji dan terkesan dengan lakonan mantap Bella Astillah dan Zamarul Hisham.

 

Tak kurang juga, ada segelintir menga.kui bahawa sememangnya wujud kes sebegini rupa dan ada yang berkongsi berhadapan pengalaman yang sama.

 

 

 

 

Sumber:Xtra