RM tak laku di Thailand, Filipina

Baru-baru ini kec0h di media s0sial apabila nilai mata wang Ringgit Malaysia dikatakan tidak laku di negara jiran apabila rata-rata premis ‘money changer’ men0lak daripada menerima pertukaran ringgit tersebut.

Perkara tersebut dikogsi oleh pakar bedah Bariatrik terkemuka, Dr. Abdul Gafoor Mubarak menerusi perkongsian video di TikToknya.

Katanya, September lalu, dia berada di Phuket, Thailand bagi melakukan operasi pembedahan di sana.

Malangnya, ketika berada di negara tersebut, wang Malaysia yang dibawanya tidak dapat ditukar di kaunter pertukaran wang (money changer) berikutan kejatuhan nilai mata wang negara.

“Menariknya, ketika saya di Phuket, saya bawa duit Malaysia dan nak tukar di sana, mereka (money changer) tak nak ambil.

“Katanya duit Malaysia hari ini mungkin harganya RM1 esok boleh jatuh kepada 20 sen sahaja,” katanya.

Katanya, situasi tersebut merupakan suatu perkara yang memalukan apabila Ringgit Malaysia tidak mempunyai nilai di negara luar.

“Pihak ‘money changer’ beritahu saya yang duit Malaysia tak ada nilai di negara mereka,” ujarnya.

Perkara itu turut di4kui oleh seorang lagi pengguna media s0sial, Rahul Mugilan yang berkata, ketika isterinya pulang ke Filipina, negara tersebut juga enggan menerima Ringgit Malaysia.

Sumber:BH