Zamani terpaksa didukung turun pentas lepas konsert undang sebak peminat

Berbaki beberapa minggu sebelum melakukan pembed4han, penyanyi terkenal Zamani masih sempat memenuhi saki-baki undangan persembahan yang diterimanya di seluruh negara.

Bagaimanapun, keadaan terkini penyanyi kumpulan Slam itu ketika membuat persembahan di Pesta Orkid, Dataran Rompin, Kuala Rompin, Pahang malam kelmarin meruntun jiwa ramai peminat yang menyaksikannya.

Dalam sebuah video dimuatnaik peminat dalam TikTok, kelihatan Zamani, 51, yang baru sahaja selesai membuat persembahan dilihat sukar turun dari pentas menyebabkan dia terpaksa didukung.

“Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi di Dataran Rompin.

“Kebetulan saya ada di situ dan sempatlah rakam. Nak ajak selfie tak sampai hati tengok keadaan dia.

Semoga diangkat segala kes4kitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani,” ujar pemilik video, @azuraudanggalah.

Rata-rata pengguna TikTok lain juga berasa simpati dengan keadaan penyanyi lagu Kala Hujan itu lebih-lebih lagi melihat bentuk badannya yang semakin melengkung ke bahagian kanan sehingga menyukarkan pergerakan.

Biarpun sukar turun sendiri dari pentas dan jelas terlihat wajah kepenatan serta menahan s4kit, Zamani tetap tersenyum kepada peminat yang mengerumuninya di lokasi.

Kesungguhan penyanyi itu menuai perhatian peminat kerana dia masih tetap kuat bekerja meskipun dalam keadaan fizikal yang membimbangkan.

“Allahuakbar. Ya Allah berilah dia kekuatan dan permudahkan segala urusan buatnya, amin,” doa seorang peminat Zamani.

Zamani dijadualkan menjalani pembedahan pada awal November depan akibat mas4lah tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dideri.tanya sejak 2019.

Penyanyi itu sempat mengadakan konsert solo, Konsert Doa Buat Zamani Unplugged pada 30 September lalu dan terakhir pada hujung bulan ini bersama beberapa artis lain di Istana Budaya.

Sumber:K! Online